Kenapa Perlu Bayar Jika Boleh Dapatkan Percuma
December 24, 2007 • naem • blog reactionsKebelakangan ini sudah ramai yang mula berjinak dengan penulisan ebook-ebook berkenaan cara buat duit di internet. Pelbagai bidang pendapatan ditulis. Dari panduan bina blog, buat duit dari adsense, pakej perniagaan online, panduan affiliate sehinggalah panduan yang melibatkan pengurusan kewangan seperti panduan hartanah dan panduan saham. Tak macam dulu. Perubahan yang semakin baik dan semakin ramai yang ingin menceburi bidang pendapatan online. Yang menulis dan menjual pun ada, yang menulis dan berkongsinya di blog pun ada. Macam Diari Adsense la katakan..hehehe. Tak kisah la asalkan ia tetap satu perkongsian ilmu pengetahuan. Masing-masing ada alasan masing-masing.
Dalam penulisan kali ini, saya nak berceloteh kenapa perlu bayar jika kita boleh mendapatkannya secara percuma. Tumpuan topik lebih menjurus kepada pengisian ebook dan bukannya perisian komputer. Lazimnya semua tahu untuk membina sesebuah perisian pasti lebih sukar berbanding menulis ebook. Anggapan saya je la.
Saya pernah menulis berkaitan hal ini dalam post-post terdahulu. Antaranya post bertajuk “Dilema Percuma Dan Berbayar“, saya menulis berkaitan nilai dan harga sebuah perkongsian.
Sebaliknya pada kali ini saya cuma ingin berkongsi pandangan berkenaan ebook yang saya rasakan isi dan kandungannya agak sama tapi masih diterbit dan dijual walhal anda boleh dapatkan maklumatnya secara percuma didalam internet. Kenapa saya persoalkan begitu? Andaian saya, setiap tulisan atau penemuan terbaru hari ini akan menjadi lapuk keesokan harinya. Inilah kepantasan dunia informasi hari ini. Dunia tidak kisah berapa banyak yang anda tahu tapi lebih peka kepada berapa banyak yang dapat anda cerap dari apa yang anda tahu. Berbelitnya nak membaca. Tarik nafas dulu.
Straight to the point, kita tak perlu keluarkan sesen pun jika kita tahu bagaimana untuk mendapatkkannya secara percuma. Itu yang ingin saya nyatakannya. Amalkan pembelian yang bijak. Jangan cepat mudah terpengaruh dengan setiap terbitan ebook terbaru di internet. Kesannya, anda mudah menghadapi masalah “overload information” dan kerugian wang. Itulah punca kepada penulisan saya. Mari kita perhatikan dunia penulisan ebook luar negara, saban waktu pasti ada yang muncul dengan penyelesaian terkini tentang masalah berkaitan ingin meningkatkan pendapatan atau traffik, hasilnya tetap sama sebenarnya. Yang berbayar, kelebihannya sokongan /support selepas pembelian dan hubungan lansung dengan pemilik ebook tersebut. Tapi jika tidak, buat apa nak beli.
Mustahil rasanya jika ada di antara para pembaca yang masih belum tahu kehebatan internet. Manfaatkannya dan jadilah pembeli yang bijak. Jika boleh dapatkannya secara percuma, mengapa masih mahu keluarkan duit lagi. Pastikan terus melakukan serba sedikit selidik berkenaan sesuatu ebook sebelum anda membeli. Saya dah terkena. Harap janganlah ia berlaku pada diri rakan-rakan pula.
Saya biasanya akan membaca keseluruhan isi salesletter ebook tersebut. Jika dirasakan kandungannya agak sama, saya takkan melihat lagi ulasan untuk ebook tersebut. Tapi kalau menarik, saya pasti akan menyelongkar Google untuk mencari jalan bagi mendapatkan maklumat tersebut. Itu je. Bagaimana dengan rakan-rakan? Oh ya, bukan maksud saya untuk menggalakkan anda mencari sesuatu yang “illegal” atau “crack”. Maksud saya cambahkan minda kita semua dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Jangan terlalu bergantung kepada sesuatu yang berbayar ( dari segi material ), sebaliknya tumpukan pergantungan kita pada usaha dan tindakan. Itu nilai sebuah ebook. Sungguhpun percuma, namun bilamana ia mendatangkan hasil kepada apa yang anda laksanakan darinya, ebook itu mahal dan tinggi nilainya. Sebaliknya begitu juga. Kesimpulannya, kenapa perlu bayar jika kita boleh dapatkannya percuma.
Jadilah pembeli bijak.
Sekian.
Ps: Jika anda masih belum tahu apa itu adsense dan bagaimana menjana pendapatan dengannya, saya amat menyarankan anda mendapatkan Panduan Raja Adsense ini. Ia memang sesuai untuk sesiapa yang masih lagi baru dalam dunia Adsense.
Pps: mungkin ada sebahagian dari anda merupakan pengunjung baru disini, menggunakan feed adalah cara terbaik agar tidak ketinggalan setiap isu yang ditulis oleh saya. Cuma masukkan emel anda, setiap kemaskini terkini Diari Adsense akan di maklumkan kepada anda. Subscribe segera di bahagian sidebar ( feedburner )

Okay la, setakat ni je la dulu. Saya nak buat sesuatu yang percuma untuk rakan-rakan semua. Sesuatu yang saya harapkan dapat membantu sesiapa sahaja mendapatkan atau meningkatkan hasil dari adsense. Sesuatu yang asas dan lebih ke arah langkah demi langkah dalam meningkatkan hasil adsense. Berikan saya masa 3 hari dari sekarang. InsyaAllah ( jika diizinkan tuhan ), saya akan sempurnakannya dan sebarkan kepada rakan-rakan semua.

