Archive for the category ‘ teknik komen ’

???:Komen Lebih Bermakna Dengannya

December 30, 2007 • naem • blog reactions

Salam buat semua,

Puas saya mencari tutorial percuma tentang cara penggunaan . Tak jumpa-jumpa. Dah jumpa, banyak pula yang perlu saya belajar, faham & praktis. Ingatkan boleh la saya paparkan post terbaru menggunakan camtasia, tapi nampaknya terhalang lah maksud saya. :-( Tak mengapa le, berlajar pun belajar la jawabnya.

Pada kali ini, saya ingin mengupas dan sama-sama berkongsi tentang satu lagi teknik promosi blog atau web. Teknik biasa je. Yang pasti kalau saya sebutkannya, semua blogger dah pun tahu. Teknik tersebut ialah teknik komen blog orang lain. Itu lah tekniknya.blogcommentdemon

Hok alo, teknik komen ni sesiapa sahaja pun dah maklum. Buat apa la si naem ni nak huraikan. Dah takde teknik lain? Oppss.. untuk rakan-rakan dari Indonesia, maaf banyak-banyak sebab bahasa pasar yang saya gunakan ini begitu selesa untuk saya gunakan.

Di dalam , memberi dan meninggalkan komen adalah satu teknik biasa tetapi sangat berkesan dalam mewujudkan hubungan antara si penulis dan pembaca. Bagi yang memiliki blog, dengan meninggalkan komen pada blog si blogger yang lain akan memberi manfaat berguna kepada blog sendiri. Selain mendapat traffik tambahan ( blogger lain mengenali anda ), komen yang berguna mempertontonkan kredibiliti anda dan blog anda. Itu kesan normal.

Mari kita lihat kesan dari segi SEO ( search Engine Optimisation ) pula. Terdapat 1 isu penting di dalam teknik memberi komen ini. Ia telah dibincangkan dan saya pasti sebagai orang baru, saya dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut tanpa perlu lagi membuat kajian mendalam. Apa isu tersebut?

Hohohoho…Isu tersebut ialah isu “Nofollow” dan “dofollow” tag yang digunakan dalam ruangan komen. Ramai yang mempunyai pelbagai pandangan mengenai 2 tag ini. Sekejap…berpinar mata saya menulis…

 

NoFollow & DoFollow
Apa itu “nofollow” dan “dofollow”? Kedua-dua term ini digunakan dalam HTML untuk memberikan arahan/panduan kepada lelabah enjin carian. Di bawah adalah satu contoh url blog yang telah diletakkan “nofollow” tag.

nofollow“>diari adsense

nofollow” tag memberi arahan pada lelabah carian bahawa link yang diletakkan attribute tersebut tidak perlu diindeks ( dirayap lelabah ). Sebaliknya berlainan dengan attribute “dofollow”. Agak sukar nak bincangkan isu ini memandangkan saya bukanlah seorang pakar SEO.

Bacaan tambahan :

  • Preventing Spam by Google http://googleblog.blogspot.com/2005/01/preventing-comment-spam.html
  • TechAtHand http://techathand.blogspot.com/2007/06/site-with-follow-tag-in-comments.html

commentsniper

Kenapa Perlu Tinggalkan Komen
Aktiviti meninggalkan komen di blog-blog lain bukanlah cara cepat untuk meningkatkan traffik ke blog. Tetapi ia tetap satu cara yang berkesan dalam SEO dan medapatkan traffik tambahan. Selain mewujudkan networking antara blogger, kredibiliti anda sebagai blogger mula digilap. Itupun jika komen tersebut berkualiti. Kalau tak, hohoho…tak mengapa,lebih baik komen dari tak komen, betul tak?

Selain jaringan yang terbina, secara tidak lansung ia membantu meningkatkan traffik ke blog anda. Sekiranya anda terjumpa blog yang menggunakan plugin ““, saya sarankan anda selalu lah meninggalkan komen di blog seperti itu. Tahu kenapa, di blog alang SZAB, saya berada di “2nd rank” bagi “top commentators”. Secara tak disedari, selalu ada traffik yang datang dari sana ke diariadsense.com ini.

Dari segi SEO pula, ia bergantung kepada 2 attribute tersebut. Benilai atau tidak komen anda bergantung kepada 2 attribute seperti yang dibincangkan di atas. Jika dofollow, anda berpeluang menerima tempias pagerank blog tersebut. Jika tidak, mungkin kempunan sedikit la.

 

Hakikat Sebenar Enjin Carian ( NoFollow)

Apa yang dikecoh-kecohkan sebenarnya ialah bertujuan untuk mengahalang aktiviti spam. Itu lah hakikatnya. Sebab itu muncul dua attribute “dofollow” dan “nofollow” ini. Tetapi, saya pasti anda akan tertarik dengan satu kajian yang telah dilakukan oleh Jonathan Leger. Beliau telah membuat kajian tentang aktiviti meninggalkan komen di blog yang menggunakan attribute “nofollow”. Hakikatnya, ia tetap diindeks dan dirayapi enjin carian seperti Google. Cuma, ia tetap menghalang PageRank blog-blog yang dikomen beliau tempias dan dirasai site kajian beliau ( ).

 

Kesimpulan
Teknik blog commenting ini sebenarnya bernilai dan memberi faedah jika :

  1. Anda meninggalkan komen di blog yang mempunyai PageRank tinggi ( PR 4- PR10 )
  2. Anda meninggalkan komen di blog yang membenarkan link anda diindeks dan menerima tempias PageRank blog tersebut ( dofollow rule )
  3. Komen anda berkualiti, ada relevansi dengan artikel yang ditulis
  4. Anda menggunakan anchor text + nama anda diruangan nama si pengkomen

Masalah yang timbul pula ialah ia terlalu MEMBAZIRKAN MASA sebab terpaksa berpenat lelah mencari blog-blog yang mempunyai post yang memiliki PageRank yang tinggi. Untuk mendapatkan blog yang mempunyai relevansi dengan niche anda dan mempunyai pagerank agak sukar.

 


Ini adalah penyelesaiannya. Ia berguna untuk sesiapa yang ingin meninggalkan komen yang membei faedah kepada anda. Cepat dalam mendapatkan blog-blog yang relevan dengan niche, mempunyai PageRank yang dikehendaki dan menggunakan attribute ‘dofollow” . Sebahagiannya berbayar dan sebahagian lagi ditawarkan percuma. Pastinya ia akan berguna jika betul-betul diguna dengan sebaik-baiknya.

  • BlogCommentDemon - Ini sotware berbayar dari edwin. Jika tak salah saya, harganya ialah USD$47. Edwin juga memiliki software lain yang dijual seperti BookmarkingDemon

  • CommentHut - anda boleh dapatkan sotware ini percuma. Saya pernah gunakannya namun saya kurang selesa. Selain mengambil masa, anda perlu menyimpan terlebih dahulu senarai laman blog. kemudiannya, secara manual anda terpaksa melakukan “copy & Paste” url-url tersebut ke web browser bagi mengunjungi setiap blog.

  • CommentSniper - secara jujurnya saya belum mencuba software ini. Kelihatan menarik dan yang paling menarik lagi ialah ia percuma..Hohoho

  • CommentKahuna - Saya berpusahati dengan sotware ini walaupun ada kelemahan-kelemahan lain. Tahu kenapa? Tanpa perlu membuka web browser, anda boleh membaca dan meninggalkan komen di dalam software tersebut. Sungguh mudah dan menjimatkan masa. Anda boleh menonton video dibawah sebagai satu testimonial dari saya.Hehehehe..

 

Saranan DiariAdsense
Saya pernah menggunakan commenthut dan . Nyata comment kahuna lebih mudah dan ia lebih sesuai untuk digunakan. Terpulang kepada anda. Yang pasti, teknik ini secara keseluruhannya bergantung kepada “bagaimana kebijakan anda mengurus kejayaan anda”. Gunakan sebaik-baiknya dan elakkan spam.

 

commentkahuna

Ps : Jika anda masih belum tahu apa itu adsense dan bagaimana menjana pendapatan dengannya, saya amat menyarankan anda mendapatkan Panduan Raja Adsense : Cara Mudah ini. Ia memang sesuai untuk sesiapa yang masih lagi baru dalam dunia Adsense. Ada bonus misteri kepada pembeli bertuah melalui link saya ini.

Pps : mungkin ada sebahagian dari anda merupakan pengunjung baru disini, menggunakan feed adalah cara terbaik agar tidak ketinggalan setiap isu yang ditulis oleh saya. Cuma masukkan emel anda, setiap kemaskini terkini DiariAdsense akan di maklumkan kepada anda. Subscribe segera ( feedburner ) atau klik salah satu button di atas sekali.

Komen Berbayar- Bonanza Merdeka

July 31, 2007 • naem • blog reactions

Sempena Kemerdekaan Ke 50, Diari Adsense.com turut merayakan perayaan ini dan ingin menawarkan kepada anda semua sebagai pengunjung tetap Diari Adsense.com sebuah program yang mudah untuk mendapatkan RM 50.00 dengan segera. Saya gelarkan tawaran ini sebagai Komen RM 50 Merdeka dan ia sudah tentu percuma.

Anda hanya perlu tinggalkan komen,pandangan,idea,kritikan membina dan interaksi bersama di ruangan komen Diari Adsense.com dan akan dibayar.Inilah peluang untuk mendapat RM50.00 dengan percuma. Cuma tinggalkan komen,dan saya akan bayar anda.

Bagaimana menyertainya?
tak susah pun, anda cuma perlu :
1) lawati blog ini
2) tinggalkan komen anda
3) anda dibayar

Syarat-syarat Komen RM 50 Merdeka ( dan Komen Berbayar ) :
1) komen anda mestilah pandangan bernas,idea, kritikan membina dan interaksi bersama ( mana-mana satu yang dinyatakan atau sewaktu dengannya adalah diterima )
2) Komen tersebut mestilah melebihi 20 patah perkataan ( Jika tidak saya akan anggap ia sebagai komen tidak ikhlas dan tidak akan diluluskan )
3) Komen tidak boleh berunsur negatif seperti berbaur perkauman, politik yang merosakkan, unsur-unsur lucah dan sewaktu dengannya. Tidak dibenarkan bergaduh di sini.
4) Pemberi komen yang dapat mencapai 100 komen pertama ( 100 mata ) sahaja berhak untuk menerima RM 50 ( komen yang mencapai 90 komen pertama akan dihubungi oleh saya untuk maklumat pembayaran )
5) Bagi yang tidak berjaya, anda boleh rujuk di bawah program Komen Berbayar )

Tempoh Kempen RM50 Merdeka?
Hanya sepanjang bulan Ogos 2007

Perkara yang anda perlu pastikan ialah :
1) Jangan tinggalkan komen di lain-lain tempat kecuali pada post sahaja
2) Jangan wujudkan akaun lebih dari satu bagi setiap individu. Seorang hanya berhak untuk menerima satu akaun penyertaan sahaja

ps: Bonus istimewa bagi yang memiliki blog,website ataupun forum. Anda berhak menerima 20 mata percuma ( sama jumlah dengan 20 komen ) sekiranya membuat ulasan dan promosi di laman anda. Sila gunakan banner dibawah untuk diletakkan di laman anda dan maklumkan pada saya dengan segera. 1 komen dikira 1 mata.

Untuk memudahkan anda mendapat maklumat terkini seperti post terbaru atau komen terkini, anda digalakkan menjadi subscriber Diari Adsense.com dengan mengklik button ini untuk post terkini.

Bagi yang tidak berjaya, anda tetap dihargai sebagai pengunjung tetap Diari Adsense.com dan komen-komen anda akan diklasifikasikan dibawah program Komen Berbayar.

Apa itu Komen Berbayar?
Komen Berbayar adalah sebuah program berinsentifkan duit yang diperkenalkan dalam Diari Adsense.com . Setiap komen,pandangan,idea,kritikan membina, dan interaksi bersama di ruangan komen akan dibayar oleh Diari Adsense.com

Bagaimana menyertainya ?
Anda hanya perlu tinggalkan komen. Segala syarat adalah seperti di bahagian atas ( Komen RM 50 Merdeka ) cuma program kedua ini adalah sebagai penghargaan kepada pengkomen yang tidak berjaya menjadi orang pertama mencapai 100 komen pertama .

Berapakah bayaran yang diterima?
Setiap komen berhak mendapat bayaran RM 0.05
Minimum bayaran adalah RM10 setiap bulan ( anda perlu tinggalkan komen sekurang-kurangnya 200 komen ( 200 mata ) sebulan untuk menerima bayaran minima )
Sekiranya pemberi komen tidak dapat mencapai minima 200 komen sebulan, jumlah bayaran akan di bawa ke bulan seterusnya

Bila program ini bermula? Tempoh akhir?
Program ini dimulakan pada 1/8/2007. Tempoh masa adalah sepanjang baki tahun 2007. Sekiranya sambutan menggalakkan, kebarangkalian diteruskan adalah berdasarkan permintaan ramai.

Bagaimana bayaran dibuat ?
Setiap individu yang layak untuk menerima bayaran akan dihubungi oleh penulis Diari Adsense.com
Pembayaran dibuat melalui akaun bank Islam. Bagi yang tak memiliki akaun bank Islam, penulis Diari Adsense.com akan menggunakan Maybank2u sebagai cara bayaran ( akaun Maybank penulis Diari Adsense.com masih belum dibuka )

Bonus Istimewa?
Bonus-bonus adalah sama seperti Komen RM 50 Merdeka.

Status Pemberi Komen
Anda boleh melihat status terkini setiap komen yang diberikan disini.

Untuk mendapatkan kepastian lanjut dan jaminan, anda boleh menghubungi saya di talian 017-3293028

Tags: , , ,