Archive for the category ‘ teknik niche ’

3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 2

February 11, 2008 • naem • blog reactions

Artikel ini adalah bahagian kedua “3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 1. Di dalam kupasan sebelum ini, saya sedaya upaya sepenuh tenaga mengupas kenapa kita semua tidak digalakkan untuk menumpukan niche blog pada katakunci tunggal ( Single-term Keyword ). Tapi itu cuma 1 sebab baru. Untuk kali ini, saya kupaskan lagi dengan sebab yang kedua.

 

2) CTR ( Click Through Rate ) Yang Rendah

CTR atau click through rate ni macam pernah dengar kan? Hohoho..Kalau masih baru dalam dunia adsense, boleh la sikit-sikit saya terangkan. Tapi kalau dah “expert”, buat-buat pejam mata je la ye. Ok. CTR ni biasanya anda akan perasan di bahagian akaun adsense. Angka yang dipaparkan dalam peratusan. So, kalau saya dipanggil Dewan Bahasa & Pustaka..hohoho..saya akan bagitau yang CTR ni ialah peratusan pengunjung yang lihat adsense di blog anda dan diorang klik iklan adsense tu. Boleh faham tak? Kalau ada 10 orang berkunjung ke blog anda yang ada adsense dan 2 klik terhasil dari pengunjung tersebut. Berapa CTR yang akan dapat?

adsense CTR

Jika saya berikan tumpuan pada kata kunci tunggal untuk optimasi dan niche blog saya, saya mungkin akan menderita dari CTR yang rendah. Rendahnya CTR memberi kesan dalam pendapatan adsense anda. Tahu kenapa? Pengunjung yang datang dari carian kata kunci tunggal lebih terarah kepada sikap “ketidakpastian”. Lagipun blog yang menggunakan “kata kunci tunggal” seperti “blog” akan menerima iklan adsense yang umum dan tidak mahal ( kebaragkalian iklan MFA pun boleh terpapar jugak ). Oh ya, Saya tak dapat mendedahkan CTR sebenar akaun adsense saya. Tetapi kebiasannya di tahap normal je. Sekitar 2% dan 5% sahaja. Ini nilai peratus yang normal. Cuma agak sakit jugak la berbanding orang lain yang dapat CTR yang tinggi. CTR yang tinggi bermaksud peratusan klik yang diterima juga tinggi. Posisi ads dan lain-lain faktor menyumbangkan keberkesanan optimasi adsense tersebut. Antara faktornya juga ialah tumpuan niche. Biasanya saya pasti ramai blogger yang membina blog dengan niche yang terlalu “general” akan menderita dari kesan CTR yang rendah ni ( lainle kalau dia tak berminat dengan adsense ). Untuk pemahaman lanjut berkenaan konsep CTR, e CPM dan lain-lain akan saya tulis pada artikel seterusnya berkaitan Matematik Dalam Adsense ni.

 

Artikel ini akan bersambung pada tulisan seterusnya di ” 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 3″

ps: artikel ini adalah olahan dari pemahaman penulis dan pengalaman sebenar.Idea dan isi ni bukan yang saya punya. Cuma saya huraikan dalam Bahasa Melayu dan sesuaikan dengan keadaan saya. Untuk bacaan asal, rakan-rakan boleh rujuk tulisan Jontahan Leger di sini. Beliau merupakan penulis kepada ebook 7 Search Engine Myths Exposed ( 7 Dongengan Enjin Carian Terbongkar ) . Jika anda masih belum memiliki ebook bernilai ini, dapatkannya PERCUMA di sini.

7 search engine myth exposed

Tags:[tags]adsense niche,jonathan leger,untargetted traffic[/tags]

 

3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 1

February 8, 2008 • naem • blog reactions

Bunyi tajuk ni agak janggal. Saya terpaksa menukarkan istilah “single-term” keyword kepada “kata kunci tunggal” supaya lebih mesra bahasa. Chewwwwaah…

Banyak perkara yang boleh disentuh berkenaan hal katakunci ( keyword ) ni. Sebelum ni pun saya pernah menulis artikel berkaitan pemilihan kata kunci yang ada hubungkait dengan kajian pasaran ( niche ). Antara artikel -artikel yang boleh anda rujuk seperti dibawah :

Secetek ilmu yang saya fahami, rupa-rupanya ada 2 jenis kata kunci yang sepatutnya kita tahu. Tahu tak? Kalau tak tahu…jap lagi saya bongkarkan. Pemilihan 2 jenis katakunci ( keyword ) ini akan menentukan usaha, tumpuan pasaran, masa dan kejayaan kita semua. Silap memilih, ia akan membezakan usaha, tumpuan pasaran, masa dan kejayaan kita. Untuk kefahaman yang jelas berkenaan hal ini, saya sarankan rakan-rakan tonton semula video ini.

 

 

Bagi yang pernah menonton video ini, kita teruskan perbincangan selanjutnya kenapa saya nyatakan 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”.

1) Untargetted Traffic (Pengunjung Yang Tidak Tertumpu )

Contoh : saya membina blog dan mensasarkan niche blog saya dengan kata kunci “teddy bear” ( walaupun kata kunci ni ada 2 patah kata ia tetap diklasifikasikan kata kunci tunggal ). Adakah saya orang yang bijak? Pastinya tidak. Mustahil untuk kita penuhi permintaan ( carian ) para pengunjung dengan tepatnya. Tetapi , dengan penumpuan pada kata kunci “teddy bear”, saya telah mengabaikan tujuan sebenar para pengunjung berkunjung ke blog saya tersebut. Barangkali yang berkunjung tujuannya untuk membeli barangan “teddy bear” dari Australia misalannya. Di bawah saya titipkan “screenshot” carian pengunjung berkaitan katakunci “teddy bear” dari SEO Book Tool. So, mesti boleh fikirkan apa yang pengunjung ingin cari dan apakah katakunci yang bagus untuk dioptimasikan?

Artikel ini akan bersambung pada tulisan seterusnya di ” 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 2″

ps: artikel ini adalah olahan dari pemahaman penulis dan pengalaman sebenar.Idea dan isi ni bukan yang saya punya. Cuma saya huraikan dalam Bahasa Melayu dan sesuaikan dengan keadaan saya. Untuk bacaan asal, rakan-rakan boleh rujuk tulisan Jontahan Leger di sini. Beliau merupakan penulis kepada ebook 7 Search Engine Myths Exposed ( 7 Dongengan Enjin Carian Terbongkar ) . Jika anda masih belum memiliki ebook bernilai ini, dapatkannya PERCUMA di sini.

7 search engine myth exposed

Tags: [tags]adsense niche, jonathan leger, untargetted traffic[/tags]

Teknik Niche Dalam Adsense

January 22, 2008 • naem • blog reactions

 

Saranan Saya Supaya Biarkan Dahulu Video Ini Loading Sebelum Anda Menontonnya. Jika Paparan Komputer Anda Gagal Memaparkan Video Dalam Format QuickTime, Klik Sini Untuk Menontonnya Menggunakan Adobe’s Flash

Baca Ini Dahulu Sebelum Tonton Video

Apa itu niche? Hohoho..saya pun tak tahu sebenarnya. Definisi atau dari segi literalnya taklah penting sangat jika rakan-rakan berkunjung ke sini untuk berkongsi tentang adsense dan mendapatkan input segera. Mudahnya, saya katakan niche ini sebagai satu cara untuk kita fokus sesuatu pasaran.

Jika tak silap saya, sewaktu di matrikulasi perkataan niche ini maksudnya seakan-akan sama dengan “segmentasi pasaran”. Yup, bagaimana kita mengkaji pasaran dengan beberapa penentuan ( segmentasi ). Begitu juga dalam adsense. Off course, kalau buat blog naruto, takkan la sasaran kita ialah orang-orang tua kan?

Ok, pada kali ini. Saya kongsikan apa yang saya tahu tentang teknik dalam memilih niche ni. Lain udang lain garam, lain orang lain jugak la caranya ( opss..macam tak sama je rentak irama ayat ni ). Rakan-rakan boleh cari lain-lain blogger yang mempunyai teknik mencari niche tersendiri. Ha ah, baru saya teringat, Bro Amirul ada keluarkan edisi khas untuk topik Teknik Niche ni. Dah beli belum? Kalau tak, tunggu apa lagi. Kunjungi laman web beliau segera di sini. Oh ya, tentang niche ni apa yang saya tahu cuma hanyalah sekelumit sahaja. Apapun rasanya ia berbaloi untuk mendapatkan hasil dalam adsense.

Setelah berpenat lelah, saya sempat jugak la siapkan satu video tutorial khas untuk teknik mencari niche ni. Bagi rakan-rakan yang memiliki kelajuan internet macam streamyx ataupun yang free kat pejabat tu, rasanya boleh tonton online.

Kasihan pula pada yang surf internet di Cyber Cafe ataupun melanggan broadband kemut macam saya ni. Jadi saya siapkan untuk anda file video dalam format avi. Boleh je download disini.

Name: niche.zip
Size: 107MB
Description: teknik niche

zip file

Video ini bersaiz 107 Mb dan mengambil masa 13 minit untuk ditonton. Oh ya, ia rasanya lebih sesuai jika anda benar-benar belum tahu cara yang efektif dalam mencari niche untuk adsense. Tonton je. Lagipun percuma kan? Kalau nak edarkan pun boleh juga. Gunakan kod embedded player di bawah untuk dipaparkan di blog masing-masing. Kasihan plak kan pada member-member lain yang tak pernah berkunjung ke blog ni. Jadi tentu diorang tak dapat video percuma ni. Apa tunggu lagi, anda la manusia pemurah hati yang akan menyebarkan video ini di blog masing-masing. TAHNIAH saya ucapkan. ( jek sokmo :-D )

<object width=”480″ height=”392″ data=”http://flash.revver.com/player/1.0/player.swf?mediaId=622894&affiliateId=149180″ type=”application/x-shockwave-flash” id=”revvervideoa17743d6aebf486ece24053f35e1aa23″><param name=”Movie” value=”http://flash.revver.com/player/1.0/player.swf?mediaId=622894&affiliateId=149180″></param><param name=”FlashVars” value=”allowFullScreen=true”></param><param name=”AllowFullScreen” value=”true”></param><param name=”AllowScriptAccess” value=”always”></param><embed type=”application/x-shockwave-flash” src=”http://flash.revver.com/player/1.0/player.swf?mediaId=622894&affiliateId=149180″ pluginspage=”http://www.macromedia.com/go/getflashplayer” allowScriptAccess=”always” flashvars=”allowFullScreen=true” allowfullscreen=”true” height=”392″ width=”480″></embed></object>

Maklumat Tambahan

Revver ( video host ) menawarkan peluang menjana pendapatan dengan mengupload mahupun meng”share” video-video yang telah sedia ada. Konsep pendapatan sama seperti CPM ( berdasarkan impression pada iklan ) ataupun CPC ( klik yang terhasil dari iklan ). Iklan -iklan tersebut akan terpapar semasa atau dihujung video. Ala..ni ada konsep affiliate jugak ni. Walau apa pun, apa yang saya buat ni masih dalam ujikaji dan saya masih belum pernah menerima hasil ( baru buat satu video la ) darinya

 

 

ps: lepas tonton,jangan la segan beri teguran dan nasihat. Saya masih belajar menggunakan camtasia ni. Jika anda inginkan maklumat yang lebih terperinci tentang teknik niche, rasanya pakej Teknik Niche ni boleh membantu. Dapatkannya di sini ye.

pps: baik pulih diariadsense masih belum ok. Banyak lagi yang saya perlu perbaiki. Harap-harap rakan-rakan masih terus sudi berkunjung ke sini dari masa ke semasa. Saya dari semasa akan terus belajar membuat video dalam berblog ni. Kalau rakan-rakan orang yang bertuah, kompem takkan terlepasnye dengan siri-siri video tutorial percuma saya yang akan datang. So, jangan la segan nak jadi subscriber blog ni.

 

Masukkan Emel Anda Di Sini:

Delivered by FeedBurner