Archive for the category ‘ teknik PPC ’

Adwords : Jejak Terakhir! - Ebook Percuma Lagi…

April 6, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua.

Saya harap tulisan kali ini lebih terus kepada point yang ingin saya nyatakan. Pada 4 hb April lepas saya telah lancarkan ebook PERCUMA yang bertajuk “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Kandungan ebook tersebut boleh dirujuk pada artikel ini “Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!! “.

 

rahsia 7 dalam adwords

( Kunjungi www.ppcpercuma.com )

Namun begitu, bukan setakat ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” sahaja yang percuma. Saya turut tawarkan satu lagi ebook percuma “Adwords : Jejak Terakhir!” sebagai pelengkap kepada siri pengenalan Google Adwords. Ohh…memang percuma. Saya tak terniat nak kenakan sebarang harga pun sebab saya yakin ramai yang akan mendownload dari membeli buat masa ni. Lagipun saya harap ebook tersebut menjadi amal saya di dunia dan bekalan di hari akhir sana. InsyaAllah.

 

adwords:jejak terakhir

Ebook ” Adwords : Jejak Terakhir!” adalah pelengkap kepada ebook percuma “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Saya telah nyatakan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mempromosikan kepada rakan -rakan yang lain dan mendapat 5 subscriber di bawah URL yang disediakan akan mendapat ebook ini secara percuma. Alhamdulillah, setakat ini hanya beberapa orang je yang berjaya. Saya hairan jugak. Hohoho..macam ada masalah teknikal di pihak saya rasanya.

Justeru, di dalam post ini saya ingin nyatakan yang saya ingin memberikannya secara percuma sahaja dengan syarat yang lebih mudah. Ermmm..nak kata syarat tu takle, lebih kepada cara yang perlu rakan-rakan lakukan untuk memastikan anda boleh dapat ebook tersebut secara percuma.

Caranya :

 

  1. Anda mesti mendaftarkan diri di www.ppcpercuma.com untuk mendapatkan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords terlebih dahulu. Pastikan anda telah mengesahkan akaun anda. Anda turut dibekalkan dengan “alat promosi” khas.

  2. Pada setiap jam 12.30 malam, saya akan memindahkan data subscriber ke dalam autoresponder rasmi saya ( Getresponse ). Anda tidak perlu mengisi borang sekali lagi. Hanya perlu periksa emel anda untuk pastikan anda mendapat emel dari saya ( Getresponse ) dan mengesahkannya. Tujuannya mudah untuk saya menghantar siri tips dan apa sahaja yang berguna untuk anda semua.

  3. UPDATE : dapatkan 5 orang subscriber di bawah anda dan dapat ebook percuma.
  4. Gunakan “alat promosi” yang disediakan didalam akaun masing dan buatkan satu ulasan di blog masing-masing. Mudah je. Saya ada sertakan ayat promosi di dalam akaun masing-masing. Jika anda masih belum memiliki blog, saya sarankan ini lah masa nya untuk anda cuba membina blog sendiri menggunakan blogspot.com.

  5. Setelah mengulas, tinggalkan komen di sini. Nyatakan url post anda dan URL ID akaun anda.

Itu sahaja. Mudah bukan? oh ya…Untuk 5 orang pengulas terbaik dan mendapat respons pengunjung diblog masing-masing yang ramai, akan diberikan ebook seterusnya oleh saya yang bertajuk “RAHSIA PPC PERCUMA“. Ebook ini akan membongkarkan kepada anda cara-cara mudah untuk mengurangkan kos pengiklanan PPC tanpa menjejaskan jualan/lead/ataupun traffik.

Demam PilihanRaya Kot?

March 2, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua… Suhu badan dah naik sejak 2 hari yang lalu. Kepala pulak pusing-pusing pening. Mata ni nak memandang pun dah mula berpinar-pinar. Apatah lagi kalau dok mengadap laptop ni. Sakit jugak rasanya…

Inilah akibatnya berdegil dengan hujan. Hujan bandar tak sama macam hujan kampung..Huhuhu…Semalam nak mengadap komputer pun seksa. Kaffarah dosa agaknya. Maklumla lagi besar, lagi banyak dosa yang dibuat…Ermm…Suara pun dah naik serak. Sakit jugak anak tekak semalam. Maybe ada jangkitan bakteria….Dah tak ingat plak ni ulangtahun demam yang ke berapa.

Oh ya, tentang panduan yang saya janjikan tu. Baru 1/4 je yang siap. Selebihnya tak tertahan diri menahannya… Makan ubat??? Ohohoho…maaf bebanyak, saya takut ubat. Ubat doktor tak sedap. Semalam bancuh air asam je la..Penawar asli lain dari penawar bahan kimia. Hohoho…mana la tau kot-kot bakteria ni tak suka benda asam..ngeh ngeh ngeh… Hari ni minum madu je memanjang. Sedap , manis dan berkhasiat. Baik untuk yang berdiabetes..hehehe

petikan dari post terdahulu “Hanya USD$ 30, Dapat USD$ 100 ” :

ps: Semalam saya berjaya dapatkan USD$55 untuk hanya USD$5… Tapi kali ini saya menggunakan Google Adword pula… Jeng…jeng..jeng…. Caranya akan didedahkan nanti..Kalau nak, tinggalkan permintaan anda dibawah.. Kalau lebih dari 20 orang yang memohon, insyaAllah saya tak keberatan untuk menghasilkan ebook + report percuma berkenaan YSM, Adsense Arbitrage & Google Adword terhad

Sebelum saya terlupa, nak ucapkan terima kasih kat bro ramzan ( rajablog ) sebab sudi menulis artikel berkaitan DiariAdsense.com. Boleh rujuk tulisan beliau di sini.

Opppss..Oppsss.. Ni sekadar nak menyeronokkan hati para pembaca DiariAdsense. Tatap lah dulu ye ecover panduan yang saya sedang siapkan tu.. Tak pandai nak design mendesign ni. Main buat aje..

kupon-ppc-percuma

Hanya USD$30, Percuma USD$100

February 27, 2008 • naem • blog reactions

Jangan terkejut beruk. Sekadar nak berkongsi pengalaman saya. Siapa yang taknak kan kalau dapat USD$100 ( RM320 ) hanya dengan USD$30 ( RM96 )… Hohoho..tapi itu lah kenyataannya. Rasanya dah ramai yang tau. Tapi tak kira, nak kongsikan jugak macammana saya boleh dapatkan amaun USD$100 tu dalam masa sehari dan tanpa perlu buat apa-apa yang menyusahkan. Sekadar tunggu dan lihat… Hohoho..

Oh ya, untuk dapatkan amaun USD$100 ni secara percuma, anda tak perlu pun jadi mahir. Cuma dengan beberapa klik je, pastu tunggu sehari dan dapatlah lihat akaun anda dipindah masukkan USD$100.. Mudah kan? Nak tau tak?

Dapatkan USD$30

Walaubagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Anda mesti mempunyai USD$30 atau RM96 di dalam akaun anda. Maksudnya mesti ada amaun sejumlah RM96 di dalam kad kredit anda atau kad debit anda. Ataupun mempunyai USD$30 di dalam akaun paypal anda.

Kalau takde, macammana naim? Hohohoho…ada 1 lagi cara lain. Cara yang mudah dengan menggunakan akaun Maybank atau apa-apa sahaja akaun bank online di Malaysia ni. Kalau takde jugak, rasa-rasanya boleh jugak guna wang post atau bank draft. Hehehehe..

Ok, lebih mudah kalau ada akaun paypal. Boleh je daftar di sini.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
Tak tau apa itu paypal??? Huh! ni nak marah ni.. Tapi takpe, boleh dimaafkan jika memang niat nak belajar. Baca dan fahami dari ebook berkenaan Paypal ni percuma di sini.

Lepas tu apa plak naim?

 

Daftar YSM ( Yahoo Search Marketing )

Hehehe..inilah rahsianya.. Kalau nakYSM tahu, YSM atau Yahoo Search Marketing ni adalah salah satu medium pengiklanan internet. Sama macam Adword cuma kelebihan dan kekurangannya bergantung kepada kegunaan anda la ye.

Ok, kenapa saya pilih YSM ni.. Sebenarnya saya sedang buat arbitrage. Mudahnya, saya sedang mencuba adsense arbitrage. Saya bina sebuah web page ( lebih kepada Squeeze Page ), kemudian saya letakkan adsense dan juga ruang opt in emel.. Hehehe..Saya nak menjual barang affiliate disampil menjana income dari Google Adsense. Ini lah tujuan saya. Nak guna Adword pun ok jugak..

Ini adalah senarai kupon yang boleh anda pilih dan akan dapat sekiranya mendaftar di YSM.

  1. $25 Yahoo Search Marketing Coupon
  2. $50 Yahoo Search Marketing Coupon
  3. $75 Yahoo Search Marketing Coupon
  4. $100 Yahoo Search Marketing Coupon

Klik pada kupon tersebut dan mula mendaftar dengan YSM.. Oh ya, kupon ini hanya layak untuk sesiapa sahaja yang masih belum memiliki akaun YSM.. Kalau dah, melepas le jawapnya.

 

kupon YSM

Satu lagi sebelum saya terlupa, jika tak salah saya kupon ini hanya layak untuk “targetting” US dan Canada je. So, kalau lain-lain tempat, tak dapat la…Ini hanya khabar angin. Buktinya belum saya dapatkan lagi. Apapun saya berjaya dapatkan USD$100 sehari selepas pengesahan bayaran dibuat.

 

Manual Pendaftaran

Simple je..Ikut saja arahan yang diberikan.. Kalau susah dan pening sangat, insyaAllah saya akan siapkan satu manual khas untuk “Hanya USD$30, Percuma USD$100” nak? Maybe percuma ataupun sedikit ongkosnya..hehehe

 

ps: Semalam saya berjaya dapatkan USD$55 untuk hanya USD$5… Tapi kali ini saya menggunakan Google Adword pula… Jeng…jeng..jeng…. Caranya akan didedahkan nanti..Kalau nak, tinggalkan permintaan anda dibawah.. Kalau lebih dari 20 orang yang memohon, insyaAllah saya tak keberatan untuk menghasilkan ebook + report percuma berkenaan YSM, Adsense Arbitrage & Google Adword terhad

 

kupon google adword