Adsense Referral-Memang Best !!!
August 8, 2007 • naem • blog reactionsSalam buat semua.
Tulisan saya pada hari ini adalah berdasarkan apa yang saya lihat dan baca dari Adsense Forum bahagian Google Support. Kenapa saya boleh tergerak nak ke sana? hehehe..sebenarnya saya terfikir untuk projek saya seterusnya pada bulan 9 nanti. Jadi sepanjang kajian dan proses membentuk identiti sendiri saya nanti, saya perlu dapatkan maklumat sebanyak mungkin supaya saya boleh pakar dalam produk tersebut.
Kempen Komen RM 50 Merdeka kini sedang dilancarkan dan ini adalah hari kelapan pelancaran, adakah rakan-rakan telah menyertainya? tak tahu dan tak faham? sila rujuk link ini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan RM 50 percuma dari Diari Adsense.com.
Setelah belek dan membelek sebelek-beleknya, saya terperasan tentang Adsense Referrals. Artikel sebelum ini tentang Google Adsense & Produk-produknya telah pun saya kupaskan seringkas mungkin tentang produk adsense ni. Tapi tentang Adsense Referrals ni agak kurang sikit persembahan saya. So pada kali ini saya akan cuba memperincikan lagi tentang Adsense Referrals dan bagaimana menjana pendapatan darinya. Nak tahu? Haaa…teruskan membaca dan mari kita mencuba..Ada Ilmu, Mesti Bertindak, Jika Tidak, sia-sia sahaja…

Adsense Referrals oleh Google Adsense sehingga hari ini menawarkan 2 jenis produk iaitu :
- Google Product
- non-Google Product

Saya huraikan terlebih dahulu tentang “non-Google Product ( n-GP )”. n-GP ini disediakan oleh advertiser-advertiser. Bagaimana bayaran yang dapat dijanakan adalah berdasarkan advertiser. Oh ya, terlupa nak maklumkan yang Adsense Referrals ni hampir kesemuanya adalah berdasarkan ” Cost Per Action ( CPA )” iaitu anda dibayar berdasarkan tindakan anda seperti sign up produk tersebut atau mendownload product tersebut atau sebagainya ( saya kurang arif, jadi jika ada sebarang penambahan dari rakan-rakan saya amat galakkan ).Kesimpulannya n-GP dibayar oleh advertisers dan bagaimana bayaran yang terhasil adalah bergantung kepada advertiser.
Untuk Google Product iaitu :
- Adsense
- Adwords
- Firefox
- Google Pack
- Checkout ( belum dapat maklumat penuh )
- Google Apps ( belum dapat maklumat penuh )
Saya ingin cuba ringkaskan maklumat yang diberikan melalui table seperti dibawah:
- Adsense
| Referral | Tempoh Masa dari sign up | First earn | Ganjaran |
| 1 |
180 hari | USD$ 5 | US$ 5 |
| 180 hari | USD$ 100 | USD$ 250 | |
| 25 | 180 hari | USD$ 100 | USD$ 2000 |
Penerangan :
- apabila anda berjaya mendapatkan seorang referral ( anda menaja seorang ), individu tersebut pula menjana pendapatan pertamanya sebanyak USD$ 5 dengan adsense dalam masa 180 hari ( 3 bulan) dari tempoh sign up, anda akan diberikan bonus USD$ 5
- apabila anda berjaya mendapatkan seorang referral ( anda menaja seorang ), individu tersebut pula menjana pendapatan pertamanya sebanyak USD$ 100 dengan adsense dalam masa 180 hari ( 6 bulan) dari tempoh sign up, anda akan diberikan bonus USD$ 250
- apabila anda berjaya mendapatkan 25 referral ( anda menaja 25 orang ) dalam masa 180 hari, ahli-ahli anda tersebut pula menjana pendapatan pertamanya sebanyak USD$ 100 dengan adsense dalam masa 180 hari ( 6 bulan) dari tempoh sign up, anda akan diberikan bonus USD$ 2000
Firefox plus Google Toolbar
Untuk produk Google yang ini, apabila anda mempromosikannya dan anda berjaya mendapatkan seorang referral, setelah referral tersebut download Firefox plus Google Toolbar dan menggunakannya, anda akan diberi bonus USD$ 1. Cuma, referral anda tu mestilah menggunakan Windows dan bayaran sebenarnya bergantung kepada lokasi.
AdWords:
| Referral | Tempoh Masa dari sign up | Spend Money |
Ganjaran |
| 1 |
90 hari | USD$ 5 | US$ 5 |
| 90 hari | USD$ 100 | USD$ 40 | |
| 20 | 180 hari | > USD$ 100 | USD$ 600 |
o Faham tak jadual di atas ni…Penerangan tu macam di atas juga la. Cuma kali ni antara kita dan advertiser. Maksudnya jika kita berjaya dapatkan pengiklan.
Pack
Google Pack??? Google Pack ni adalah himpunan produk- produk Google iaitu software-software yang dimiliki Google. Nak tahu lebih lanjut tentang Google Pack? nanti saya buatkan satu post khas untuk menceritakan tentang Google Pack pula. Oh ya, kat bawah ni hanyalah ilustrasi software-software yang Google tawarkan dalam Google Pack. Okay, bagaimana pula dengan bonus yang ditawarkan?
Sekiranya kita berjaya mendapatkan seorang referral melalui Google Pack, bonusnya ialah USD$ 2.
lebih lumayan dari Firefox plus Google Toolbar bukan?
Untuk Google Checkout dan Google Apps, nanti saya dapatkan maklumatnya. Sebenarnya 2 produk terakhir ni saya tak jumpa pun dalam inventori saya. SO memang takde pengalaman dan pengetahuan la..
Boleh tak dengan penerangan serba ringkas ni?Opss.. terlupa nak cakap, Google tak kisah tau untuk kita mempromosikan gegila Adsense Referral ni. Untuk makluman lanjut, saya rasa link ini amat berguna untuk anda.
ps: haaa..sebenarnya ramai dari pengunjung blog ni menggunakan firefox bukan? kalau belum, download saja disini ya
pps: artikel ini diupdate semula pada 1:55 pm, 9/8/07. perkataan yang diperbaiki ialah 180 hari( 6 bulan ) .Terima kasih pada jeketb kerana menegur.
Tags: download mozilla firefox, free google pack, adsense referral


