???:Komen Lebih Bermakna Dengannya
December 30, 2007 • naem • blog reactionsSalam buat semua,
Puas saya mencari tutorial percuma tentang cara penggunaan Camtasia Studio 3. Tak jumpa-jumpa. Dah jumpa, banyak pula yang perlu saya belajar, faham & praktis. Ingatkan boleh la saya paparkan post terbaru menggunakan camtasia, tapi nampaknya terhalang lah maksud saya.
Tak mengapa le, berlajar pun belajar la jawabnya.
Pada kali ini, saya ingin mengupas dan sama-sama berkongsi tentang satu lagi teknik promosi blog atau web. Teknik biasa je. Yang pasti kalau saya sebutkannya, semua blogger dah pun tahu. Teknik tersebut ialah teknik komen blog orang lain. Itu lah tekniknya.
Hok alo, teknik komen ni sesiapa sahaja pun dah maklum. Buat apa la si naem ni nak huraikan. Dah takde teknik lain? Oppss.. untuk rakan-rakan dari Indonesia, maaf banyak-banyak sebab bahasa pasar yang saya gunakan ini begitu selesa untuk saya gunakan.
Di dalam rahsia berblog, memberi dan meninggalkan komen adalah satu teknik biasa tetapi sangat berkesan dalam mewujudkan hubungan antara si penulis dan pembaca. Bagi yang memiliki blog, dengan meninggalkan komen pada blog si blogger yang lain akan memberi manfaat berguna kepada blog sendiri. Selain mendapat traffik tambahan ( blogger lain mengenali anda ), komen yang berguna mempertontonkan kredibiliti anda dan blog anda. Itu kesan normal.
Mari kita lihat kesan dari segi SEO ( search Engine Optimisation ) pula. Terdapat 1 isu penting di dalam teknik memberi komen ini. Ia telah dibincangkan dan saya pasti sebagai orang baru, saya dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut tanpa perlu lagi membuat kajian mendalam. Apa isu tersebut?
Hohohoho…Isu tersebut ialah isu “Nofollow” dan “dofollow” tag yang digunakan dalam ruangan komen. Ramai yang mempunyai pelbagai pandangan mengenai 2 tag ini. Sekejap…berpinar mata saya menulis…
NoFollow & DoFollow
Apa itu “nofollow” dan “dofollow”? Kedua-dua term ini digunakan dalam HTML untuk memberikan arahan/panduan kepada lelabah enjin carian. Di bawah adalah satu contoh url blog yang telah diletakkan “nofollow” tag.“nofollow” tag memberi arahan pada lelabah carian bahawa link yang diletakkan attribute tersebut tidak perlu diindeks ( dirayap lelabah ). Sebaliknya berlainan dengan attribute “dofollow”. Agak sukar nak bincangkan isu ini memandangkan saya bukanlah seorang pakar SEO.
Bacaan tambahan :
- Preventing Spam by Google http://googleblog.blogspot.com/2005/01/preventing-comment-spam.html
- TechAtHand http://techathand.blogspot.com/2007/06/site-with-follow-tag-in-comments.html

Kenapa Perlu Tinggalkan Komen
Aktiviti meninggalkan komen di blog-blog lain bukanlah cara cepat untuk meningkatkan traffik ke blog. Tetapi ia tetap satu cara yang berkesan dalam SEO dan medapatkan traffik tambahan. Selain mewujudkan networking antara blogger, kredibiliti anda sebagai blogger mula digilap. Itupun jika komen tersebut berkualiti. Kalau tak, hohoho…tak mengapa,lebih baik komen dari tak komen, betul tak?
Selain jaringan yang terbina, secara tidak lansung ia membantu meningkatkan traffik ke blog anda. Sekiranya anda terjumpa blog yang menggunakan plugin “top commentators“, saya sarankan anda selalu lah meninggalkan komen di blog seperti itu. Tahu kenapa, di blog alang SZAB, saya berada di “2nd rank” bagi “top commentators”. Secara tak disedari, selalu ada traffik yang datang dari sana ke diariadsense.com ini.
Dari segi SEO pula, ia bergantung kepada 2 attribute tersebut. Benilai atau tidak komen anda bergantung kepada 2 attribute seperti yang dibincangkan di atas. Jika dofollow, anda berpeluang menerima tempias pagerank blog tersebut. Jika tidak, mungkin kempunan sedikit la.
Hakikat Sebenar Enjin Carian ( NoFollow)
Apa yang dikecoh-kecohkan sebenarnya ialah bertujuan untuk mengahalang aktiviti spam. Itu lah hakikatnya. Sebab itu muncul dua attribute “dofollow” dan “nofollow” ini. Tetapi, saya pasti anda akan tertarik dengan satu kajian yang telah dilakukan oleh Jonathan Leger. Beliau telah membuat kajian tentang aktiviti meninggalkan komen di blog yang menggunakan attribute “nofollow”. Hakikatnya, ia tetap diindeks dan dirayapi enjin carian seperti Google. Cuma, ia tetap menghalang PageRank blog-blog yang dikomen beliau tempias dan dirasai site kajian beliau ( Jonathan Leger ).
Kesimpulan
Teknik blog commenting ini sebenarnya bernilai dan memberi faedah jika :
- Anda meninggalkan komen di blog yang mempunyai PageRank tinggi ( PR 4- PR10 )
- Anda meninggalkan komen di blog yang membenarkan link anda diindeks dan menerima tempias PageRank blog tersebut ( dofollow rule )
- Komen anda berkualiti, ada relevansi dengan artikel yang ditulis
- Anda menggunakan anchor text + nama anda diruangan nama si pengkomen
Masalah yang timbul pula ialah ia terlalu MEMBAZIRKAN MASA sebab terpaksa berpenat lelah mencari blog-blog yang mempunyai post yang memiliki PageRank yang tinggi. Untuk mendapatkan blog yang mempunyai relevansi dengan niche anda dan mempunyai pagerank agak sukar.
BlogCommenting Software
Ini adalah penyelesaiannya. Ia berguna untuk sesiapa yang ingin meninggalkan komen yang membei faedah kepada anda. Cepat dalam mendapatkan blog-blog yang relevan dengan niche, mempunyai PageRank yang dikehendaki dan menggunakan attribute ‘dofollow” . Sebahagiannya berbayar dan sebahagian lagi ditawarkan percuma. Pastinya ia akan berguna jika betul-betul diguna dengan sebaik-baiknya.
-
BlogCommentDemon - Ini sotware berbayar dari edwin. Jika tak salah saya, harganya ialah USD$47. Edwin juga memiliki software lain yang dijual seperti BookmarkingDemon
-
CommentHut - anda boleh dapatkan sotware ini percuma. Saya pernah gunakannya namun saya kurang selesa. Selain mengambil masa, anda perlu menyimpan terlebih dahulu senarai laman blog. kemudiannya, secara manual anda terpaksa melakukan “copy & Paste” url-url tersebut ke web browser bagi mengunjungi setiap blog.
-
CommentSniper - secara jujurnya saya belum mencuba software ini. Kelihatan menarik dan yang paling menarik lagi ialah ia percuma..Hohoho
-
CommentKahuna - Saya berpusahati dengan sotware ini walaupun ada kelemahan-kelemahan lain. Tahu kenapa? Tanpa perlu membuka web browser, anda boleh membaca dan meninggalkan komen di dalam software tersebut. Sungguh mudah dan menjimatkan masa. Anda boleh menonton video dibawah sebagai satu testimonial dari saya.Hehehehe..
Saranan DiariAdsense
Saya pernah menggunakan commenthut dan comment+kahuna. Nyata comment kahuna lebih mudah dan ia lebih sesuai untuk digunakan. Terpulang kepada anda. Yang pasti, teknik ini secara keseluruhannya bergantung kepada “bagaimana kebijakan anda mengurus kejayaan anda”. Gunakan sebaik-baiknya dan elakkan spam.

Ps : Jika anda masih belum tahu apa itu adsense dan bagaimana menjana pendapatan dengannya, saya amat menyarankan anda mendapatkan Panduan Raja Adsense : Cara Mudah Buat Duit Dengan Adsense ini. Ia memang sesuai untuk sesiapa yang masih lagi baru dalam dunia Adsense. Ada bonus misteri kepada pembeli bertuah melalui link saya ini.
Pps : mungkin ada sebahagian dari anda merupakan pengunjung baru disini, menggunakan feed adalah cara terbaik agar tidak ketinggalan setiap isu yang ditulis oleh saya. Cuma masukkan emel anda, setiap kemaskini terkini DiariAdsense akan di maklumkan kepada anda. Subscribe segera ( feedburner ) atau klik salah satu button di atas sekali.



