Archive for the category ‘ tool percuma ’

Michael Cheney’s Adsense Video Percuma!!!

February 6, 2008 • naem • blog reactions

Ada sesiapa yang kenal Michael Cheney? Ada tak?

Nak tulis panjang-panjang kat sini, tapi takut terlewat pula nak siapkan projek seterusnya. Nampaknya saya berceloteh ringkas je la ye… Semalam saya terbaca salah satu newsletter yang saya langgan. Memang banyak newsletter yang saya langgan ( Off course PERCUMA ). Bebola mata hanya tertarik pada tip-tip dan benda-benda percuma. Kalau setakat newsletter nak promote produk affiliate, saya dah delete awal-awal lagi..Hohoho.. Bukan apa, satu produk dilancarkan, hampir 20 emel newsletter yang ceritanya perkara sama dan tujuan untuk promote affiliate diorang. Huh…tension jugak kalau asyik nak kena keluar duit..hehehehe

Ini screenshot salah satu akaun emel yang saya ada.

emel

Salah satunya emel yang menghentak-hentak bebulu mata saya ialah emel dari Michael Cheney ( Aaaahh..tak kisah siapa dia, asalkan barang tu dia nak bagi percuma ). So, saya pun buka dan baca emel beliau dengan penuh seribu pengharapan untuk dapatkan barang percuma. Oh ya, terlupa nak maklumkan, kadang-kadang tak boleh percaya sangat tajuk emel diorang ni. Pernah jugak tertipu dengan tawaran percuma. Walhal nak promote link affiliate dia jugak. Dengan kebengangan yang amat sangat, saya klik je button unsubscribed.

Tinggalkan dulu geram saya yang tak abis tu. Berbalik kepada barang percuma si mamat Michael Cheney ni Di bawah ni saya paparkan screenshot barangan percuma yang beliau nak bagi.

 

michael cheney adsense video

imej ni hakmilik michael cheney

Ok lah, taknak celoteh panjang-panjang. Jom tonton video si Michael ni dan ambil apa yang patut.. Jumpa lagi…

 

michael cheney adsense video

Tags:

Tags: , ,

Percuma Script Youtube Video Site Generator!!!

February 2, 2008 • naem • blog reactions

(artikel ini telah dipaparkan pada 2hb Februari 2008, tetapi hilang dari data )

Pernah tak mengimpikan sebuah web site yang dipenuhi dengan video-video menarik? Ke ada impian nak miliki web seperti Youtube? Off course la kan. Ada ke sesaper yang tak berminat dengan impian macam ni kan?

Okay, kebetulan impian ni ada hubungkait dengan adsense dan cara meningkatkan pendapatan darinya. Jadi saya nak berceloteh sikit le sebelum bagi benda percuma ni. Cuba lihat kehebatan web video seperti Youtube, Metacafe, Veoh, Break Tv, Revver, Myspace Video dan macam -macam lagi la. Web video seperti ini dikunjungi oleh ratusan ribu pengunjung di seluruh dunia. Banyak nyee…Macam ribu-ribu lemon.. Diorang datang hanya untuk menonton video-video sahaja. Ada jugak la sebahagiannya berkunjung atas sebab-sebab lain. Tapi…yang pasti web-web video seperti ini terlalu bernilai dan boleh dikatakan mesin pembuat duit paling besar. Dengan kunjungan ratusan ribu orang setiap hari, untuk memasarkan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan mencari pendapatan dari program buat duit dari internet adalah begitu mudah.. Huh!!! hebat sungguh.

Takpe..Kita biarkan dengan kehebatan web-web video tu. Saya pasti agak mustahil le kalau orang macam saya ni dapat miliki web-web video seperti Youtube jika tanpa apa-apa persedian, rakan kongsi dan pengetahuan serta pengalaman. So, dengan kesedihan yang sedia ada kita masih berpeluang sebenarnya untuk memiliki web video seperti Youtube malahan seakan-akan youtube. Yupp..betul ni, saya tak tipu.Ini bukan cobaaan semata-semata..( ku petik ungakapan si Pendekar Mustar ).

Tapi bagaimana? Haaaa… saya taknak bagitahu lebih-lebih. Sebabnye mengikut pepatah orang-orang tua, Jangan ngajar lebih-lebih, nanti lawan tokey.. ( Hohoho..tak pasti le samada zaman pendekar hang tuah dah mula guna perkataan tokey ).

YouTube Video Sites Generator In A Box

Jawapannya ada pada script ini. “YouTube Video Sites Generator In A Box” . Semudah langkah 1 2 3, kita sudah mampu membina web video yang mempunyai pengkhususan tersendiri. Script ini akan menyedut ( sedut roh je, jasad masih ada kat tempat asal ) video-video dari Youtube berdasarkan kategori yang kita inginkan. So, dalam masa sesingkat sehari sepuluh minit, kita dah berjaya memiliki sebuah web video yang dipenuhi pelbagai video yang diinginkan. Memang mudah. Ini contoh gambaran laman web yang terbina dari script ini

sample

Harga script ni ialah USD$ 10 . Boleh periksa di laman web jualan script ni. Saya dah pun beli. Tapi, yang menariknya, anda boleh mendapatkannya percuma di blog bizmalaya. Yup, penulis blog bizmalaya nak bagi percuma je. Tawaran yang menarik ni. Kalau dah macam tu, tunggu apa lagi, cepat-cepat le berkunjung ke blog beliau untuk mendapatkan script “YouTube Video Sites Generator In A Box” ini.

Tags:

Tags: , , ,