Ada Bola, Takde Palang Gol!

June 11, 2008 • naem • blog reactions

Salam hormat para pembaca,

Artikel ni takde kena mengena dengan Euro 2008 tau…hohoho…Artikel yang anda akan baca di bawah adalah berkaitan dengan hidup mati blog diariadsense ni…

Perasan tak? Semakin lama, semakin usang plak blog ni…Hurm…Nak kena fikirkan sesuatu yang baru dan menghangatkan untuk menghidupkan blog ni. Saya pasti ramai yang selalu berkunjung ke blog ni..Terutamanya penggiat adsense. Dari jerangkap samar yang saya pasang ( tracking code le tu… ) , yang membaca blog ini bukan sahaja dari Negara Malaysia bahkan dari tiga negara berdekatan ( SIngapura, Brunei dan Indonesia ).

Jadi…Nak kena planning balik.. Lepas planning, kena rajin menulis… matlamatNak rajin menulis, kena banyak mengkaji dan membaca… Kalau dah banyak membaca, kena le pandai luangkan masa… Ooooohhhh…tak mampu le plak rasanya. Banyak yang perlu diuruskan.Terutamanya hal yang membabitkan kajian..Nak kaji, tak boleh sehari dua…sebulan dua tu kira ok la. Kalau macam tu, biar saya rangka balik ye halatuju blog ni..

Opss..terlupa plak rupa-rupanya blog ni takde matlamat sebenarnya.. Patut le saya seringkali terkapai-kapai dan penulisan di blog ni tak konsisten.. Ok..kalau macam tu, boleh tak anda semua bantu saya menetapkan matlamat untuk blog ini.Hehehe Alaa…apa yang ingin anda mahukan blog ni sumbangkan…Contoh macam melahirkan 1 orang sifu adsense ke? Atau meningkatkkan traffik 10 blog sasaran ke? atau apa saja…

Bantu ye saya untuk mengorganisasikan blog ini semula. Itu aje… Semoga Sukses Selalu

Trafik dan Pelanggan Melalui PPC

May 30, 2008 • naem • blog reactions

Program Paid Per Click adalah antara program penjanaan kewangan yang terkenal di kalangan sesiapa yang baru ingin mencari peluang di internet. Masakan tidak, ia menawarkan pembayaran hanya dengan klik iklan dan ia percuma, malahan ramai yang menyertainya walaupun keuntungan sekerat Cuma. Satu klik bernilai $0.01, mungkin ia hanya sesuai bagi yang gigih. Namun, bagaimana jika kita menjadikannya sumber trafik dan pelanggan berpotensi, adakah ia berkesan?

Mengikut pengalaman saya sendiri, ia berkesan dan murah. Anda boleh mendapatkan traffik dari 1000 orang pengunjung unik dengan hanya USD3.20 bagi pengunjung US sahaja manakala USD1.95 bagi pengunjung antarabangsa. Potensi pengiklanan melalui PPC adalah ditentukan dengan kebijaksanaan anda memilih sasaran prospek.

Untuk mendapatkan maklum balas yang baik termasuk jualan yang agak berkesan, saya sarankan untuk set hanya kepada pengunjung US dan UK. Ini kerana pengunjung dari negara ini lebih terbuka akan perniagaan di dalam talian dan ini adalah satu kelebihan kepada penjual. Ciri ini boleh didapati di http://www.cash-hi.com yang mana mereka membezakan antara pengunjung yang kita pilih. Read the rest of this entry →

Pendapatan Melalui Entrecard

May 25, 2008 • naem • blog reactions

Entrecard merupakan salah satu sistem penarik trafik dan loyal reader yang baik. Ia telah dipelopori oleh John Chow, pemilik John Chow Dot Com dan juga usahawan internet sepenuh masa menerusi syarikat penjualan barangan elektronik, TZZ Media. Sejak mula diperkenalkan, ia telah menarik ramai blogger dari seluruh dunia untuk bersama-sama membentuk sebuah komuniti. Namun begitu, selain dari bertukar fikiran, tahukah anda Entrecard juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan dari pelbagai cabang?

Photobucket

Entrecard credits sebenarnya boleh dijual secara besar-besaran samada di eBay atau web anda sendiri. Nilai semasa Entrecard masih di dalam fasa perbincangan namun ramai sudah mula menjualnya sehingga USD12.50 bagi setiap 1000 EC. Contoh terbaik halaman web yang menjual Entrecard point secara besar-besaran ialah http://www.entrebank.com.

Entrecard boleh digunakan untuk memdedahkan servis yang anda gunakan. Bagaimana? Sebahagian dari blogger dan webmaster meletakkan widget Entrecard di forum dan minisite mereka kerana dengan menggunakan Entrecard, ia pasti akan dilawati dan peratus untuk mendapat jualan juga lebih tinggi. Ramai yang menggunakan Entrecard sebagai exposition percuma, seperti blog pengiklanan saya yang menawarkan email marketing murah di http://2700000.blogspot.com.

Anda juga boleh menambah revenue apa-apa program pengiklanan PPC dengan meletakkan banner pengiklanan di bahagian bawah selepas widget. Ini kerana ramai yang secara tidak sengaja akan klik banner pengiklanan anda dan peratusnya agak tinggi. Teknik ini lebih terbukti jika pelawat menggunakan slow internet connection kerana upload yang lembap memang dapat mencipta error dalam klik. Antara contoh yang boleh dilihat ialah di http://www.kabelduit.com.

Jangan terkejut kerana pertandingan di kalangan ahli Entrecard juga selalu membabitkan wang yang tinggi sehingga USD1000.00! Ia biasa berkaitan dengan pertandingan berdasarkan dropping di widget Entrecard mereka dan ia masih menjadi trend sehingga sekarang. Masih banyak lagi laman web yang menggunakan Entrecard sebagai medium dan syarat pertandingan seperti http://www.joetech.com.

Jadi, bagaimana? Read the rest of this entry →