Posts Tagged ‘ Adsense Inside

Adsense Blogspot : Newbie Fridays

August 19, 2008 • naem • blog reactions

Salam hormat,

Semalam saya menulis berkaitan istilah Pay Per Click di Blog PPC Percuma, hari ni saya menulis plak di Blog DiariAdsense…Huhu, susah jugak nak menulis rupanya . Tambahan kalau 2 blog dengan niche ( topik ) yang berlainan. Satu blog cara nak buat duit, satu lagi blog cara nak buang duit and then baru dapat duit. Hehe.

adsense inside : newbie fridays

adsense inside : newbie fridays

Baru tadi saya perasan, rupanya-rupanya awal bulan ni Team Google Adsense baru je mengkhususkan penulisan diorang di Blog rasmi Adsense  ” Adsense Inside” khas untu para newbie. Maksudnya ada satu kolum khas untuk semua penggiat adsense yang masih sebulan jagung. Yang bestnya takde la nak kena bayar pun untuk semua tips yang dikongsikan tu. Kolum tersebut dinamakan ” Newbie Fridays“. Maksudnya setiap hari jumaat, kita semua berpeluang mendapat tunjuk ajar secara lansung dari pihak Team Adsense khasnya untuk para newbie.

Antara artikel yang terkini disiarkan ialah berkaitan “Invalid Click”. Rasanya anda semua tentu dah familiar dengan term ni kan. Buat yang dah lama berkecimpung, bohong le kalau tak pernah kena invalid click ( Oppss..sorry le kalau memang betul-betul tak pernah kena ). Macam saya, saya pernah dapat surat cinta dari pihak Google sebab invalid click yang berlaku. Mujur kali pertama tak kena ban…Hehehe…

Ok, rasanya cukuplah sekadar kemaskini terkini dari saya. Saya ada projek baru. Ni sedang siapkan. InsyaAllah saya pun nak hasilkan yang terbaik jugak. Kalau boleh impian ni nak hasilkan sesuatu yang terbaik dalam niche saya bagi tahun 2008. Jangkaan siap ialah bulan 12 nanti. Fuhh…lama kan? Yang pasti mesti akan memuaskan hati anda semua.  Oh ya, bagi sesiapa yang jarang online dan inginkan hadiah istimewa. Apa kata nantikan sesuatu yang istimewa dari Alang Szab ( Sekarang dah tukar domain ) sekitar beberapa hari lagi.