Posts Tagged ‘ adsense tips

Apa Iklan Adsense Yang Akan Terpapar Di Blog Aku?

March 17, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua,

 

Khas untuk bulan ini, saya akan memperbanyakkan artikel-artikel tanpa mengikat lagi diri dengan rutin DiariAdsense.com iaitu 3 hari 1 post. Nak ubah plak..Ye la kan. Dah politik negara pun berubah. Jadi tempias angin perubahan tu pun turut terasa juga la.

 

Ok..Dalam artikel kali ini, suka saya nak mengajak rakan-rakan untuk belanja saya meneroka satu lagi soalan yang selalu para blogger tertanya-tanya. Yup…memang selalu diorang tanya. Tak kisah la tanya diri sendiri ke, tanya nenek ke, mahupun tanya Pak Lah…ohhh… Hakikatnya soalan ini akan saya rungkaikan seadanya dengan satu lagi servis percuma yang tersedia ada dalam Google. Ngeh..ngeh..ngeh..

 

Ops…terlupa plak nak nyatakan apa soalan tu. Nak tahu? Alahai….baca je la tajuk post saya hari ni. Itu la soalan yang selalu para blogger tanya kan? Betul tak? Kalau tak, ermmmm…. apa lagi ek? Alaaaa..soalan yang ala-ala afro macam tu jugak.

 

Pada hemat saya, uhm….perkiraan saya menyatakan ada 2 cara mudah untuk kenali iklan yang akan terpapar di blog saya. Betul…Perkiraan saya cuma 2. Ntah Lah ( sensitif sungguh perkataan Lah ni ) dengan cara orang lain, berbeza plak perkiraanya.

 

Cara Pertama

 

  1. Tentukan katakunci anda ” Keyword ” lah.. Contohnya “payday loan”.. ( nilai keyword ni boleh tahan jugak la )
  2. Pergi ke www.google.com atau mana-mana laman Google Around The World (Gunakan mana-mana negara yang anda rasakan sesuai dengan sasaran blog anda ).
  3. Masukkan katakunci anda. Dalam kes ini, saya pilih katakunci “payday loan”. Mari kita lihat iklan-iklan yang wajar keluar di laman web google uk ( imej ).

Kes Studi :

Keyword : “payday loan

Lokasi Pertama : Google UK

Apa Iklan Adsense Yang Akan Terpapar Di Blog Aku?

Lokasi Kedua : Google Australia

Apa Iklan Adsense Yang Akan Terpapar Di Blog Aku?

Cara Kedua

Tak payah nak guna cara pertama. Apa yang perlu dilakukan ialah lawati servis yang disediakan oleh saudara Labnol ni.

http://www.labnol.org/google-adsense-sandbox/

Apa Iklan Adsense Yang Akan Terpapar Di Blog Aku?

Haaaa…ini lagi mudah. Masukkan je katakunci dan pilih negara untuk melihat gambaran iklan yang mungkin akan terpapar di laman anda. Mudah je kan.

Cara yang saya nyatakan di atas bukanlah cara yang paling tepat memandangkan Google menggunakan beberapa penentu lain yang akan megklasifikasikan iklan berdasarkan sasaran iklan tersebut. Contohnya dengan mengambilkira IP negara tersebut, WHOIS ( tak tau nak terang ), hosting dan pelbagai lagi. Nak kena tanya Google ni. Ohhh….kecewanya…Walaubagaimanapun, anggaplah cara-cara yang saya nyatakan tersebut boleh membantu anda..Hohoho…

 

ps: kalau ada sesiapa yang tahu cara-cara lain, boleh je berkongsi disini. Hadiahnye takde..Heh heh heh…