Posts Tagged ‘ best adsense site

Apakah Jenis Niche Yang Lumayan Dalam Adsense?

March 19, 2008 • naem • blog reactions

Soalan lagi… 2 hari sudah tajuk post saya pun berbentuk soalan. Tak percaya? Cuba cek balik . “Apa Iklan Adsense Yang Akan Terpapar Di Blog Aku?” bertarikh 17 Mac, ” Wow! Google Around The World ? ” bertarikh 14 Mac, ” Kenapa Lim Kit Siang Boikot MB Perak? ” bertarikh 13 Mac dan ” MajalahIM : Apa Kata Mereka ? ” bertarikh 12 Mac.Untuk kesekian kalinya saya letakkan soalan juga sebagai tajuk artikel saya hari ini.

Manusia normal tentu akan tanya bila tak tahu. Betul kan? Sebab itu saya berhasrat nak letakkan soalan je sebagai tajuk post saya. Didalam post kali ini, saya nak bincangkan niche ( pasaran ) yang menguntungkan dalam Adsense. Yup, memang untung kalau betul-betul dioptimasikan secara berkesan. Malang kalau sebaliknya.

Oh ya, memilih niche ni memang penting. Kalau tidak menumpukan pada niche ( pasaran ) yang spesifik, boleh jadi gila blog tu. So, disini kuasa fokus diterapkan dan kesannya akan memberikan pulangan yang menggembirakan. Tapi bagaimana ? Oh…. saya pernah terangkan dalam post-post sebelum ini hal berkaitan pemilihan niche ni. Berikut saya korek balik dari arkib diariadsense.com yang berjaya diselamatkan :

  1. Ai, Percuma Satu Niche Setiap Hari?
  2. Teknik Niche Dalam Adsense
  3. 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal”- BHG 1
  4. 3 Sebab Jangan Tumpu “Kata Kunci Tunggal” - BHG 2

Jadi apakah niche yang paling lumayan dalam Adsense ni ? Huh..susah jugak nak jawab ni. Kalau ikutkan semuanya lumayan sebab program Google Adsense bukannya berbayar. Tetapi isu sekarang ialah YANG PALING lumayan. Yang dok baca ni tahu tak? Kalau tahu, bebanyak terima kasih sebab kesudian untuk berkongsi di ruangan komen di bawah nanti.. Hehehe…

Berikut adalah hasil tinjauan, temuramah dan skodeng pihak diariAdsense.com di seluruh pelusuk forum Adsense yang ada dalam Internet. Oleh sebab hanya tinjauan, temuramah dan skodeng, jadi maklumat ini bukanlah lengkap pun. Apapun nyesal jugak le kalau tak baca selanjutnya.. Oh!…

Niche ( Pasaran ) Yang Lumayan Dalam Adsense ialah Niche Yang :

  1. berkaitan law ( undang-undang ). Lebih kepada servis perundangan la ni
  2. berkaitan loan ( pinjaman ). Keperluan kredit membuka peluang kepada Ah Long -ahlong internet..hehehe
  3. berkaitan insurans. Semua aspek dalam kehidupan nak dijamin. Jadi ini lah servis yang akan menjadi penjamin.
  4. Berkaitan kesihatan. Yang saya maksudkan lebih kepada kesihatan bertujuan untuk kesempurnaan seperti kosmetik, kecantikan, berat badan dan sewaktu dengan sekufunya
  5. berkaitan credit card. Oh, yang ni nak sama macam perkara kedua.
  6. ada kaitan dengan peluang menjana pendapatan. Ramai yang nak cari side income, so memang demand sangat tinggi
  7. berhubungsulit kait dengan Webhosting.
  8. ada bau-bau bacang dengan “real estate”. Ini lebih kepada property ( hartanah)
  9. nak sama macam perkara 6. Lebih spesifik kepada stock market.
  10. seiring dan sejalan dengan penyakit-penyakit kronik manusia ( cancer & diabetes )

Di sebalik topik-topik yang saya nyatakan ni, anda boleh dan tak perlu pun segan untuk meneroka niali Ads yang ditentukan bagi setiap katakunci. Oh ya, rasanya web site ini lebih mudah digunakan berbanding melihat bidaan sang pengiklan di adword. Lihat paparan di bawah. Cuma tuliskan katakunci sahaja, senarai katakunci berkaitan dan nilai ads akan terpapar kemudiannya.

Apakah Jenis Niche Yang Lumayan Dalam Adsense?

Nak cuba ? Guna link ini http://www.adsenseads.com

Oh ya, ada tak sesiapa yang berminat untuk memiliki Top 8000 katakunci bernilai untuk bulan Mac 2008 ? Sumbernya dari software keywordcountry. Kalau ada, tinggalkan juga permintaan anda supaya saya boleh kasi guna emel… Percuma dengan bersyarat. Syaratnya saya lampirkan dalam emel.

New Picture (35)

Hooo…cukuplah sepuluh kan? Ada lagi? Haaaa….takpe-takpe, silakan untuk tambah point lagi kat ruangan komen kat bawah. Semestinya pandangan para pembaca adalah pandangan yang berharga..

LATEST UPDATE

Saya tak bercadang nak gunakan emel untuk link download top 8000 HPK adsense untuk bulan Mac 2008. Jadi boleh dapatkannya secara percuma di sini.

File Name: top8000l.zip
Size: 500KB | Description: top 8000 hpk