Posts Tagged ‘ google support

Pautan/Link-link Untuk Google Help

August 13, 2008 • naem • blog reactions

Dalam 2 artikel terdahulu, saya telah kongsikan satu masalah dan penyelesaian yang saya hadapi. Masih ingat tak? Kalau tak ingat bahkan tak tahu, boleh aje rujuk kembali 2 artikel tersebut. Artikel pertama ialah berkenaan bagaimana saya menghadapi masalah dengan pihak Google Adsense. Masalah tersebut memerlukan saya menghubungi pihak Adsense. Akan tetapi…bagaimana nak hubungi Adsense Team. Jawapannya ada di dalam artikel pertama ini ” Camner Nak Hubungi Adsense Team? “. Saya telah gariskan beberapa cara yang saya telah buat sebagai satu perkongsian untuk semua. Malahan ada pulak tips tambahan dari para pembaca setia blog ni

“Kadang kala bila mereka minta kita isi borang survey nya kena puji2 sikit kot. Pernah sekali tu saya tulis tak puashati dlm borang survey tak lama lepas tu nama kena banned dari adsenes. Terpaksa guna nama isteri.Apa nak buat.”

Nizam

Setelah hampir 5 hari menunggu, baru le dapat jawapan dari pihak Adsense Team. Emel yang responnya datang dari manusia secara terus. Bukan lagi main-main autoresponder lagi dah..hehehe.. Nak tahu caranya, Kalau ya, rujuk artikel kedua tersebut di sini ” Jawapan : Camner Nak Hubungi Adsense Team? ” .

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi plak link-link atau pautan lain yang berkaitan Google Support. Mana la tau kalau-kalau nanti saya ada masalah dan terpaksa contact Google secara lansung. Takpun para pembaca Diari adsense ni ke…Hehehe. So, Mustahak bebenor le dikongsikan aje input dan tips kecil ni. Antara perkhidmatan support yang boleh dirujuk jika kita hadapi masalah adalah seperti berikut :