Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12
March 9, 2008 • naem • blog reactionsSekadar kemaskini dari DiariAdsense.com
Berikut adalah “snapshot” dari web pilihanraya pas berkaitan keputusan pilihan raya umum ke-12.

Secara keseluruhannya, saya turut berpuas hati ( chewwaaah..macam le aku ni penganalis politik ) . Kemenangan sudah digapai, sekarang adalah masa-masa untuk mengisi kemenangan tersebut. Suasana politik yang berubah angin ni diharapkan dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya..
Bagi rakyat, kurangkan alasan. Apa yang kami (rakyat) tuntut adalah janji-janji yang diberikan. Saya yakin ramai para pembaca blog ini yang sudah muak dan mual dengan janji-janji Be End…Kali ini kita akan sama-sama melihat angin perubahan dan kerja keras Barisan Rakyat untuk memperjuangkan nasib agama,bangsa dan negara. Harapan agar segala kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin dititikberatkan…
Sungguhpun beberapa janji yang diberikan oleh calon-calon Barisan Rakyat agak janggal untuk terlaksana di atas pemerintahan yang masih bersisakan Be End, perjuangkan!!!….nyatakan pada seluruh rakyat bahawa hasil kerja dan usaha Barisan Rakyat memang jitu. Mudah-mudahan kami rakyat akan dapat menikmati kesenangan berkat kejayaan Barisan Rakyat.
Tags: [tags]Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12,PRU 12,Analisa PRU 12[/tags]
ps: ebook belum siap sepenuhnya..Harap maaf. Saya tetap akan menyiapkan secepat mungkin.


