Posts Tagged ‘ rahsia 7 dalam adwords

Referral ID PPCPercuma.com Bermasalah?

April 9, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua…

Sejak saya lancarkan ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” lima hari yang lalu, alhamdulillah saya mampu mencapai jumlah subscriber hampir 500 orang. Rata-ratanya adalah rakyat Malaysia. Hohoho..Sudah pasti le sebab ebook ” Rahsia 7 Dalam Adwords” ditulis dalam edisi bahasa dan sasaran saya juga adalah rakyat Malaysia. Walau tak sebanyak otai-otai IM yang lain, saya berjaya menyedapkan hati sendiri ..ohhhhh…

Sasaran saya ialah 1000 orang subscriber menjelang 20 April 2008 nanti. Rasanya tak mustahil.Tapi boleh jadi jugak mustahil…Ada beberapa sebab yang saya fikirkan ia akan menjadi mustahil.

Setakat hari ini, hanya 10 orang sahaja yang telah berjaya mendapatkan ebook “Adwords : Jejak Terakhir! “ . Ya, ebook ini diberikan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan 5 orang subscriber mengguna ID masing-masing. Peratusan yang terlalu kecil. Akhirnya apabila saya betul-betul selidik, nampaknya ada berlaku masalah besar dalam script yang saya gunakan tersebut.

 

 

Script yang saya gunakan ialah script viral marketing. Script ini dikenali sebagai “The List Virus”. Untuk menggunakannya, anda perlu membayar sejumlah USD$ 97 sebulan.

Nak tahu tentang masalah yang saya hadapi dengan script ni?

New Picture (80)

  • Saya perasan link -link ID referral tak berfungsi dengan baik. Hairan jugak saya sebab saya dah ikut “guide” yang disediakan oleh team “The List Virus”. Jadi sebarang “tracking” gagal berfungsi
  • Masalah log in bagi yang tak dapat nak akses ke laman download
  • Borang subscriber yang tak dapat nak berfungsi baik bersama autoresponder yang saya gunakan ( Getresponse ).
  • Link ” resend notice” yang gagal berfungsi. Fungsinya ialah menghantar pesanan kepada mana-mana subscriber yang belum mengesahkan pendaftaran
  • perkhidmatan menghantar emel ” autoresponder” terus dari sistem utama penyampaian juga gagal diakses

Itu lima masalah yang saya hadapi dan saya pasti memberi kesan kepada rakan-rakan subscriber yang lain..

Baru tadi, saya telah membaca satu emel yang dihantar kepada saya melalui ruang support. Mujur saya terima. Di bawah saya lampirkan untuk tatapan semua :

Terimakasih,

Saya dah pun download Ebook “Adwords: Jejak Terakhir!” tapi bila saya
semak akaun affiliate saya untuk bulan April, tak ada satu refferal pun.
Lebih hairan lagi macam mana saya boleh dapat link untuk download
jika tiada refferal langsung.

Saya ada sedikit pengalaman dengan affiliate marketing dan berharap
dapat mencapai 100 refferal dan dapatkan ebook berbayar dengan
percuma. Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk saya capai.
Lihat pencapaian terkini saya:

http://tips.j************n.com/2008/02/berita/keputusan-muktamat

-pertandingan-cabaran-j**************m/

Saya rasa sistem Naem mungkin ada kesilapan di mana-mana kerana
tak mungkin saya tidak mendapat sebarang refferal. Harap Naem dapat
buat semakan dan memperbetulkannya kerana saya akan teruskan
promosi jika yakin refferal saya direkod dengan betul.

Terima kasih,

ps: saya mengaktifkan link download tersebut sebab saya percaya saudara penulis ni mampu mendapatkan lebih dari 5 subscriber

Sebagai jalan penyelesaian , saya telah memikirkan 2 cara yang terbaik bersama.

  1. Syarat untuk memiliki ebook ” Adwords: Jejak Terakhir!” tersebut telah saya permudahkan dengan cara membuat ulasan diblog masing-masing mahupun menggunakan pelbagai medium lain seperti “newsletter”

  2. Syarat 10 orang pertama yang mendapat 100 orang subscriber pula akan saya permudahkan dengan pemilihan berdasarkan kepopularitian blog si pengulas dan respons pengunjung, kebijaksanaan menggunakan ruang-ruang penulisan internet seperti di bookmarking site, mahupun ketekunan membantu saya mempromosi melalui autoresponder masing-masing.

Untuk syarat kedua, saya tetapkan tarikh sehingga 20 April 2008 nanti. Bagi ebook ” Adwords: Jejak Terakhir!”, memang menjadi hasrat saya untuk berikan percuma kepada anda semua. Tapi…saya rasa lebih baik jika anda dapatkannya melalui sedikit pengorbanan usaha supaya ia akan mempunyai nilai tersendiri buat diri masing-masing… Saya sangat galakkan untuk anda membuat ulasan mahupun menyebarkannya menggunakan saluran emel mudah yang telah disediakan.

Secara keseluruhannya, saya sangat kecewa mengunakan script ini. Script ini popular kerana digunakan oleh beberapa usahawan Pay Per Lead dimana mereka menawarkan USD dollar untuk setiap subscriber. Saya tertarik dengan script ini disebabkan “kemudahan” yang disediakan khas untuk subscriber. Selain dari “tool marketing” yang telah disediakan, “link id” plak lebih mematangkan sistem subscriber tersebut. Malangnya saya gagal menjadikan ia berfungsi seratus peratus. Saya telah pun cuba menghubungi pemilik script ini samada melalui Skype mahupun ruang support, malang sejuta malang sebab tak pernah dijawab atau di balas pertanyaan saya. Memang hampeh tul…

Akhir sekali, saya harapkan para pembaca semua dapat memberikan komen dan pandangan membina kepada saya untuk mutu yang lebih baik bagi menghasilkan ebook-ebook percuma saya seterusnya. Saya berhajat benar untuk dengar pandangan rakan-rakan tentang ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” dan ebook ” Adwords: Jejak Terakhir!“.

 

ppcpercuma

( ini adalah sebahagian banner untuk ebook saya seterusnya )

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan ubah dah gunakan script lain bagi memudahkan dan menambahkan keefektifan sistem penyampain khas untuk subscriber semua. Doakan mudah-mudahan saya dapat sempurnakan secepat yang mungkin.

Adwords : Jejak Terakhir! - Ebook Percuma Lagi…

April 6, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua.

Saya harap tulisan kali ini lebih terus kepada point yang ingin saya nyatakan. Pada 4 hb April lepas saya telah lancarkan ebook PERCUMA yang bertajuk “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Kandungan ebook tersebut boleh dirujuk pada artikel ini “Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!! “.

 

rahsia 7 dalam adwords

( Kunjungi www.ppcpercuma.com )

Namun begitu, bukan setakat ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” sahaja yang percuma. Saya turut tawarkan satu lagi ebook percuma “Adwords : Jejak Terakhir!” sebagai pelengkap kepada siri pengenalan Google Adwords. Ohh…memang percuma. Saya tak terniat nak kenakan sebarang harga pun sebab saya yakin ramai yang akan mendownload dari membeli buat masa ni. Lagipun saya harap ebook tersebut menjadi amal saya di dunia dan bekalan di hari akhir sana. InsyaAllah.

 

adwords:jejak terakhir

Ebook ” Adwords : Jejak Terakhir!” adalah pelengkap kepada ebook percuma “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Saya telah nyatakan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mempromosikan kepada rakan -rakan yang lain dan mendapat 5 subscriber di bawah URL yang disediakan akan mendapat ebook ini secara percuma. Alhamdulillah, setakat ini hanya beberapa orang je yang berjaya. Saya hairan jugak. Hohoho..macam ada masalah teknikal di pihak saya rasanya.

Justeru, di dalam post ini saya ingin nyatakan yang saya ingin memberikannya secara percuma sahaja dengan syarat yang lebih mudah. Ermmm..nak kata syarat tu takle, lebih kepada cara yang perlu rakan-rakan lakukan untuk memastikan anda boleh dapat ebook tersebut secara percuma.

Caranya :

 

  1. Anda mesti mendaftarkan diri di www.ppcpercuma.com untuk mendapatkan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords terlebih dahulu. Pastikan anda telah mengesahkan akaun anda. Anda turut dibekalkan dengan “alat promosi” khas.

  2. Pada setiap jam 12.30 malam, saya akan memindahkan data subscriber ke dalam autoresponder rasmi saya ( Getresponse ). Anda tidak perlu mengisi borang sekali lagi. Hanya perlu periksa emel anda untuk pastikan anda mendapat emel dari saya ( Getresponse ) dan mengesahkannya. Tujuannya mudah untuk saya menghantar siri tips dan apa sahaja yang berguna untuk anda semua.

  3. UPDATE : dapatkan 5 orang subscriber di bawah anda dan dapat ebook percuma.
  4. Gunakan “alat promosi” yang disediakan didalam akaun masing dan buatkan satu ulasan di blog masing-masing. Mudah je. Saya ada sertakan ayat promosi di dalam akaun masing-masing. Jika anda masih belum memiliki blog, saya sarankan ini lah masa nya untuk anda cuba membina blog sendiri menggunakan blogspot.com.

  5. Setelah mengulas, tinggalkan komen di sini. Nyatakan url post anda dan URL ID akaun anda.

Itu sahaja. Mudah bukan? oh ya…Untuk 5 orang pengulas terbaik dan mendapat respons pengunjung diblog masing-masing yang ramai, akan diberikan ebook seterusnya oleh saya yang bertajuk “RAHSIA PPC PERCUMA“. Ebook ini akan membongkarkan kepada anda cara-cara mudah untuk mengurangkan kos pengiklanan PPC tanpa menjejaskan jualan/lead/ataupun traffik.