Posts Tagged ‘ rahsia adwords

Blog PPCPercuma vs Blog DiariAdsense

April 13, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua..

7 hari yang bakal menjelang tiba nanti akan menguji setiap dari hasil pembelajaran saya selama lebih kurang 5 bulan bagi semester ke 6 di Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya. Huh…semakin ribut kepala otak dibuatnya. Nak baca buku, nak ulangkaji, nak uji projek ppc, nak update diariadsense, nak siapkan web untuk seorang YB, nak siapkan projek bisnes online pertama, nak penuhi permintaan adly aka Labanon untuk MajalahIM 3  lagi,…nak…nak…nak kahwin! hohoho…

Ikutkan hati semua nak dibuat. Tapi menjelang kesesakan lalulintas masa yang ada ni, nampaknya banyak le yang terpaksa dimadukan. Masa untuk makan dimadukan, masa untuk menulis blog dimadukan, masa untuk adsense dimadukan, masa untuk tidur dima….??? hurmmmm…

Kita tinggal sekejap ngomelan seorang manusia yang lemah ini. Kita beralih pula kepada topik yang sepatutnya. Apa topik hari ini? Owwhhh…Topiknye mudah iaitu saya nak perkenalkan kepada rakan-rakan para pembaca sekalian yang saya sebenarnya telah siapkan sebuah lagi blog khas untuk PPC. Yup..blog berkaitan pengiklanan internet.

Ini linknya http://www.ppcpercuma.com/blog atau klik header blog dibawah.

Rahsia Pengiklanan Pay Per Click Percuma

Bertambah satu blog, bermaksud bertambah satu lagi peluang pendapatan, bermaksud juga bertambah satu lagi tanggungjawab sebagai blogger kesepian. Namun berkurang jugak la masa untuk bermalas-malasan. Memang rutin harian untuk mewatakkan diri sebagai seorang pemalas terhormat…Ohhhh…

Jika di DiariAdsense dot Com, semestinya saya akan kupaskan pelbagai perkara yang asalkan ada bau-bau bacang mahupun durian dengan Pakcik Adsense. Akan tetapi berbeza dengan blog baru saya yang satu lagi. Blog PPCPercuma tersebut diharapkan akan dapat mewarnai dunia perblogan dengan topik dan niche tersendiri. Yang pastinya  saya akan terus kekalkan gaya tulisan  supaya dapat memesrakan diri dengan para pembaca sekalian. Alaaaa..nak tiru ala-ala bro Titan EarnCent dan En Shuth RahsiaBlogger tu. Gaya yang masyuuukk..hehe

Ermmm…Mungkin agak rasa janggal topik Adwords, YSM, dan lain-lain PPC dibincangkan disini. Justeru, saya mengambil keputusan tersengaja untuk melancarkan blog baru tersebut. lagipun ada lebihan database, itu yang gatal-gatal tangan nak buat blog lain. Kalau ikutkan hasil kerja, ada 3 blog semuanya. Tapi blog yang satu lagi saya masih nak simpan dan sengaja taknak popularkan memandangkan masanya belum tiba. Mujur guna Netkl saranan Abg ZulSmartusaha tu,memang menjimatkan.

Okies…itu je la kot kemaskini terkini dari saya. Bukan berita terkini mahupun MalaysiaKini, apa yang pasti ialah kini saya menjadi seorang lagi penulis kepada blog yang bakal menerajui dunia perblogan ppc di Malaysia. Chewwwwaaah.. Lepas ni mana tau, kot-kot boleh JV dengan OTAI IM besar macam En Sham RajaAdsense.

ps: matlamat dan halatuju blog tu belum lagi difikirkan. Mungkin selepas 10 post baru saya akan fikirkan

pps: Kalau dah ada yang berminat nak bertukar-tukar link dengan blog PPCPercuma tu, boleh le tawarkannya di sana ye. Mesti best ni…Blog yang guna domain berbayar je la ye. BlogSpot atau yang seangkatan dengannya saya keberatan nak terima.

ppps: Harap rakan-rakan yang dah tahu tu , berkunjung le ke blog saya tersebut. Nak promote lebih-lebih malas plak. Rasa macam segan semacam je. Hohoho..

Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!!

April 4, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua…

Alhamdulillah, tak sangka saya dapat menyiapkan 97% kerja-kerja bagi salah satu projek saya untuk tahun 2008. Yup, untuk melancarkan ebook percuma sendiri dan ebook berbayar akan datang.

Minggu-minggu terakhir sesi pembelajaran di fakulti kebelakangan ni memang menyibukkan. Macam-macam yang nak kena disiapkan. Memang tak aman nak duduk selese. Hohoho..Bangun pagi-pagi je, dah terus kena persiapkan minda dan motivasi diri. Takut dan risau sifat malas.

 

rahsia 7 dalam adwords

Oh ya, berbalik kepada ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini. Tujuan saya menghasilkan ebook ini lebih kepada memenuhi permintaan para pembaca DiariAdsense.com . Tentu rakan-rakan masih ingat ( masihkah kau ingat :-" …oyoyoyo ) tentang artikel saya berkaitan mendapatkan kredit percuma pengiklanan dari Yahoo Search Marketing. Ya, artikel bagaimana saya menggunakan USD$30 untuk mendapatkan USD$100 kredit pengiklanan secara percuma dari YSM. Justeru, saya juga menjanjikan untuk menyiapkan panduan khas berkaitan Adwords… Haaaa…akhirnya siap jugak.. Kalau diikutkan saya nak lancarkan pada 1 hb April 2008 ( saya ada nyatakannnya dalam post lepas ), tapi disebabkan tak henti-henti mengodek-ngodek sistem yang saya gunakan ni. Susah jugak nak gabungkan autoresponder Getresponse dengan sistem ni.

Ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini menghuraikan 7 perkara utama dan asas bagi setiap pemula Adwords memiliki akaun Adwords. Saya turut masukkan cara mudah untuk anda mendapatkan kredit pengiklanan dari Google sebanyak USD$ 55 dengan bermodalkan USD$ 5 sahaja. Oh….Saya sekali lagi menekankan yang pelancaran ebook ini bukan ingin menjadi pesaing dengan mana-mana ebook Adwords lain yang berada di pasaran. Saya sekadar ingin berkongsi dan mencuba langkah di dalam dunia perniagaan ebook internet Malaysia.

Cuma ada beberapa perkara je yang saya pasti anda akan temui dari ebook saya ni. Antaranya sistem yang saya gunakan untuk mengedarkan ebook ini. Saya sedaya upaya “mencuba dengan jaya” tapi risau kebarangkalian untuk “mencuba dengan gagal”. Saya harap para pembaca dapat memberikan pandangan ikhlas dan membina berkaitan sistem yang saya sedang gunakan untuk mempromosikan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini.

Ada beberapa tawaran menarik untuk anda melalui ebook percuma saya ini. Nak tahu ? Haaa… boleh mula mendownload sekarang disini.

 

www.ppcpercuma.com

ps: tak pandai nak design, main hentam je..hohoho..asalkan boleh berjimat lagi

pps: kepada bro borakbola, vangardx and kak bizmalaya, check emel. Saya dah hantarkan 2 ebook yang saya janjikan..Untuk photoshop action script ( nak buat ecover ebook ) khas buat kak bizmalaya, nanti saya sendkan khusus.