Posts Tagged ‘ rahsia iklan

Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!!

April 4, 2008 • naem • blog reactions

Salam buat semua…

Alhamdulillah, tak sangka saya dapat menyiapkan 97% kerja-kerja bagi salah satu projek saya untuk tahun 2008. Yup, untuk melancarkan ebook percuma sendiri dan ebook berbayar akan datang.

Minggu-minggu terakhir sesi pembelajaran di fakulti kebelakangan ni memang menyibukkan. Macam-macam yang nak kena disiapkan. Memang tak aman nak duduk selese. Hohoho..Bangun pagi-pagi je, dah terus kena persiapkan minda dan motivasi diri. Takut dan risau sifat malas.

 

rahsia 7 dalam adwords

Oh ya, berbalik kepada ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini. Tujuan saya menghasilkan ebook ini lebih kepada memenuhi permintaan para pembaca DiariAdsense.com . Tentu rakan-rakan masih ingat ( masihkah kau ingat :-" …oyoyoyo ) tentang artikel saya berkaitan mendapatkan kredit percuma pengiklanan dari Yahoo Search Marketing. Ya, artikel bagaimana saya menggunakan USD$30 untuk mendapatkan USD$100 kredit pengiklanan secara percuma dari YSM. Justeru, saya juga menjanjikan untuk menyiapkan panduan khas berkaitan Adwords… Haaaa…akhirnya siap jugak.. Kalau diikutkan saya nak lancarkan pada 1 hb April 2008 ( saya ada nyatakannnya dalam post lepas ), tapi disebabkan tak henti-henti mengodek-ngodek sistem yang saya gunakan ni. Susah jugak nak gabungkan autoresponder Getresponse dengan sistem ni.

Ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini menghuraikan 7 perkara utama dan asas bagi setiap pemula Adwords memiliki akaun Adwords. Saya turut masukkan cara mudah untuk anda mendapatkan kredit pengiklanan dari Google sebanyak USD$ 55 dengan bermodalkan USD$ 5 sahaja. Oh….Saya sekali lagi menekankan yang pelancaran ebook ini bukan ingin menjadi pesaing dengan mana-mana ebook Adwords lain yang berada di pasaran. Saya sekadar ingin berkongsi dan mencuba langkah di dalam dunia perniagaan ebook internet Malaysia.

Cuma ada beberapa perkara je yang saya pasti anda akan temui dari ebook saya ni. Antaranya sistem yang saya gunakan untuk mengedarkan ebook ini. Saya sedaya upaya “mencuba dengan jaya” tapi risau kebarangkalian untuk “mencuba dengan gagal”. Saya harap para pembaca dapat memberikan pandangan ikhlas dan membina berkaitan sistem yang saya sedang gunakan untuk mempromosikan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords ini.

Ada beberapa tawaran menarik untuk anda melalui ebook percuma saya ini. Nak tahu ? Haaa… boleh mula mendownload sekarang disini.

 

www.ppcpercuma.com

ps: tak pandai nak design, main hentam je..hohoho..asalkan boleh berjimat lagi

pps: kepada bro borakbola, vangardx and kak bizmalaya, check emel. Saya dah hantarkan 2 ebook yang saya janjikan..Untuk photoshop action script ( nak buat ecover ebook ) khas buat kak bizmalaya, nanti saya sendkan khusus.