Salam buat semua.
Saya harap tulisan kali ini lebih terus kepada point yang ingin saya nyatakan. Pada 4 hb April lepas saya telah lancarkan ebook PERCUMA yang bertajuk “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Kandungan ebook tersebut boleh dirujuk pada artikel ini “Rahsia 7 Dalam Adwords Dilancarkan!!! “.

( Kunjungi www.ppcpercuma.com )
Namun begitu, bukan setakat ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” sahaja yang percuma. Saya turut tawarkan satu lagi ebook percuma “Adwords : Jejak Terakhir!” sebagai pelengkap kepada siri pengenalan Google Adwords. Ohh…memang percuma. Saya tak terniat nak kenakan sebarang harga pun sebab saya yakin ramai yang akan mendownload dari membeli buat masa ni. Lagipun saya harap ebook tersebut menjadi amal saya di dunia dan bekalan di hari akhir sana. InsyaAllah.
.jpg)
Ebook ” Adwords : Jejak Terakhir!” adalah pelengkap kepada ebook percuma “Rahsia 7 Dalam Adwords”. Saya telah nyatakan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mempromosikan kepada rakan -rakan yang lain dan mendapat 5 subscriber di bawah URL yang disediakan akan mendapat ebook ini secara percuma. Alhamdulillah, setakat ini hanya beberapa orang je yang berjaya. Saya hairan jugak. Hohoho..macam ada masalah teknikal di pihak saya rasanya.
Justeru, di dalam post ini saya ingin nyatakan yang saya ingin memberikannya secara percuma sahaja dengan syarat yang lebih mudah. Ermmm..nak kata syarat tu takle, lebih kepada cara yang perlu rakan-rakan lakukan untuk memastikan anda boleh dapat ebook tersebut secara percuma.
Caranya :
-
Anda mesti mendaftarkan diri di www.ppcpercuma.com untuk mendapatkan ebook Rahsia 7 Dalam Adwords terlebih dahulu. Pastikan anda telah mengesahkan akaun anda. Anda turut dibekalkan dengan “alat promosi” khas.
-
Pada setiap jam 12.30 malam, saya akan memindahkan data subscriber ke dalam autoresponder rasmi saya ( Getresponse ). Anda tidak perlu mengisi borang sekali lagi. Hanya perlu periksa emel anda untuk pastikan anda mendapat emel dari saya ( Getresponse ) dan mengesahkannya. Tujuannya mudah untuk saya menghantar siri tips dan apa sahaja yang berguna untuk anda semua.
- UPDATE : dapatkan 5 orang subscriber di bawah anda dan dapat ebook percuma.
-
Gunakan “alat promosi” yang disediakan didalam akaun masing dan buatkan satu ulasan di blog masing-masing. Mudah je. Saya ada sertakan ayat promosi di dalam akaun masing-masing. Jika anda masih belum memiliki blog, saya sarankan ini lah masa nya untuk anda cuba membina blog sendiri menggunakan blogspot.com.
-
Setelah mengulas, tinggalkan komen di sini. Nyatakan url post anda dan URL ID akaun anda.
Itu sahaja. Mudah bukan? oh ya…Untuk 5 orang pengulas terbaik dan mendapat respons pengunjung diblog masing-masing yang ramai, akan diberikan ebook seterusnya oleh saya yang bertajuk “RAHSIA PPC PERCUMA“. Ebook ini akan membongkarkan kepada anda cara-cara mudah untuk mengurangkan kos pengiklanan PPC tanpa menjejaskan jualan/lead/ataupun traffik.