Blog PPCPercuma vs Blog DiariAdsense
April 13, 2008 • naem • blog reactionsSalam buat semua..
7 hari yang bakal menjelang tiba nanti akan menguji setiap dari hasil pembelajaran saya selama lebih kurang 5 bulan bagi semester ke 6 di Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya. Huh…semakin ribut kepala otak dibuatnya. Nak baca buku, nak ulangkaji, nak uji projek ppc, nak update diariadsense, nak siapkan web untuk seorang YB, nak siapkan projek bisnes online pertama, nak penuhi permintaan adly aka Labanon untuk MajalahIM 3 lagi,…nak…nak…nak kahwin! hohoho…
Ikutkan hati semua nak dibuat. Tapi menjelang kesesakan lalulintas masa yang ada ni, nampaknya banyak le yang terpaksa dimadukan. Masa untuk makan dimadukan, masa untuk menulis blog dimadukan, masa untuk adsense dimadukan, masa untuk tidur dima….??? hurmmmm…
Kita tinggal sekejap ngomelan seorang manusia yang lemah ini. Kita beralih pula kepada topik yang sepatutnya. Apa topik hari ini? Owwhhh…Topiknye mudah iaitu saya nak perkenalkan kepada rakan-rakan para pembaca sekalian yang saya sebenarnya telah siapkan sebuah lagi blog khas untuk PPC. Yup..blog berkaitan pengiklanan internet.
Ini linknya http://www.ppcpercuma.com/blog atau klik header blog dibawah.
Bertambah satu blog, bermaksud bertambah satu lagi peluang pendapatan, bermaksud juga bertambah satu lagi tanggungjawab sebagai blogger kesepian. Namun berkurang jugak la masa untuk bermalas-malasan. Memang rutin harian untuk mewatakkan diri sebagai seorang pemalas terhormat…Ohhhh…
Jika di DiariAdsense dot Com, semestinya saya akan kupaskan pelbagai perkara yang asalkan ada bau-bau bacang mahupun durian dengan Pakcik Adsense. Akan tetapi berbeza dengan blog baru saya yang satu lagi. Blog PPCPercuma tersebut diharapkan akan dapat mewarnai dunia perblogan dengan topik dan niche tersendiri. Yang pastinya saya akan terus kekalkan gaya tulisan supaya dapat memesrakan diri dengan para pembaca sekalian. Alaaaa..nak tiru ala-ala bro Titan EarnCent dan En Shuth RahsiaBlogger tu. Gaya yang masyuuukk..hehe
Ermmm…Mungkin agak rasa janggal topik Adwords, YSM, dan lain-lain PPC dibincangkan disini. Justeru, saya mengambil keputusan tersengaja untuk melancarkan blog baru tersebut. lagipun ada lebihan database, itu yang gatal-gatal tangan nak buat blog lain. Kalau ikutkan hasil kerja, ada 3 blog semuanya. Tapi blog yang satu lagi saya masih nak simpan dan sengaja taknak popularkan memandangkan masanya belum tiba. Mujur guna Netkl saranan Abg ZulSmartusaha tu,memang menjimatkan.
Okies…itu je la kot kemaskini terkini dari saya. Bukan berita terkini mahupun MalaysiaKini, apa yang pasti ialah kini saya menjadi seorang lagi penulis kepada blog yang bakal menerajui dunia perblogan ppc di Malaysia. Chewwwwaaah.. Lepas ni mana tau, kot-kot boleh JV dengan OTAI IM besar macam En Sham RajaAdsense.
ps: matlamat dan halatuju blog tu belum lagi difikirkan. Mungkin selepas 10 post baru saya akan fikirkan
pps: Kalau dah ada yang berminat nak bertukar-tukar link dengan blog PPCPercuma tu, boleh le tawarkannya di sana ye. Mesti best ni…Blog yang guna domain berbayar je la ye. BlogSpot atau yang seangkatan dengannya saya keberatan nak terima.
ppps: Harap rakan-rakan yang dah tahu tu , berkunjung le ke blog saya tersebut. Nak promote lebih-lebih malas plak. Rasa macam segan semacam je. Hohoho..



