Posts Tagged ‘ squeeze page

Nah,Percuma Squeeze Page Template!

December 17, 2007 • naem • blog reactions

Salam buat semua.

Pada artikel lepas, saya telah gariskan 6 perkara dalam 6 Tip Optimasi Imej Di Enjin Carian. Kalau ada yang masih belum membacanya, baik baca lekas-lekas. Mudah dan ringkas je.

Are You Still Using Those \

Untuk artikel kali ini, saya nak berborak tentang pula. Apa kaitan squeeze Page ini dengan pulak? Bagus ke kalau bina squeeze Page ni? Mahal tak, mesti nak kena upah web designer untuk bina squeeze Page? Oppss, bukan ke squeeze Page tu ada kaitan dengan aktiviti mengutip alamat emel, Aku penggiat adsense dan buat apa aku nak baca?

Hehehe, persoalan-persoalan tu je yang keluar dari kepala akal saya buat masa ni.Baiklah, sedikit sebanyak saya akan cuba sama-sama berkongsi dengan rakan-rakan yang lain tentang Squeeze Page. Ilham untuk kali ini tercetus setelah saya berjaya mendapatkan 2 template Squeeze Page ala-ala secara percuma di laman web ini.

 

Squeeze Page ni tak kisah la kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Cuma yang penting kita semua boleh faham yang Squeeze Page adalah laman web yang ringkas yang dibina bertujuan untuk mendapatkan alamat emel pengguna internet yang mendaftar dengannya. Faham tak? Oh ya, begini ceritanya. Kebiasaanya “IM-IM” kat seluruh dunia ni akan menggunakan Squeeze Page untuk mendapatkan senarai pelanggan mereka. Kengkadang ia dibina sebelum sesuatu produk dilancarkan. Kadang-kadang juga hanya sekadar mendapatkan senarai emel dengan menawarkan sesuatu yang percuma untuk sesiapa yang mendaftar dengannya. Berbelit? Hok aloh, susah juga nak terangkan. Anda tahu tentang ? Lebih kurang je cuma Squeeze Page ada ruangan untuk diisi emel dan username.

Begini lah, Saya berikan contoh dan huraian yang nyata. Tapi URL laman Squeeze Page tu saya rahsiakan. Khas untuk penggiat adsense sahaja ye. Keh keh keh. Takdela, semua boleh manipulasikannya asalkan faham makna sebenar tujuan diwujudkan .

Squeeze Page boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan anda sebagai seorang penggiat adsense. Bagaimana?

 

  1. Dapatkan minima 1 niche adsense ( nilai mahal, ada permintaan,kurang persaingan )
  2. Keyword atau niche tersebut bukan satu patah kata, lebih panjang lebih tepat niche nya.
  3. Bina satu siri autoresponder berkaitan topik tersebut (minima 5 siri )
  4. Setiap siri emel, kandungannya yang lengkap diletak dalam laman internet . ( pastikan tampal kod adsense ). Jadi ajakla subscriber untuk membacanya di laman khas
  5. Bina satu Squeeze Page ( percuma je kat sini ) berkaitan niche. Letakkan kod adsense
  6. Gunakan PPC seperti Google Adword, , MSN adscenter etc.

Itulah jawapannya. Di samping dapat menyelesaikan masalah sibuk, tak pandai berblog, dan masa yang lama, kita dapat menjimatkan kos PPC dan menjana pendapatan secara autopilot. Ini lah yang dinamakan duit buat duit. Secara terperincinya pula, hanya yang mula bertindak sahaja yang tahu jawapannya. Jadi, BERTINDAK la segera. Oh ya, manfaatkan pelbagai tawaran percuma ataupun tawaran percubaan untuk kegunaan dan keuntungan sendiri. Jangan asyik fikir nak beli je. Keluar dari dilema “percuma & berbayar”. Jika rajin mencari,pasti anda akan dapat sesuatu tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak malahan tanpa sesen pun keluar dari akaun bank anda.

Kalau begitu, NAH!, ini laman web khas yang menyediakan 2 template Squeeze Page untuk anda. PERCUMA…

50.2% Squeeze Page Conversion Increase - For FREE!

Ps: saya boleh kasitau yang ini je. Nanti jika saya rasa ada barang percuma yang boleh dikongsikan, saya nyatakan disini. So, janganlah takut-takut nak jadi subscriber DiariAdsense.com. Tak susah . Tu sebelah atas ada button feed. Takpun sebelah kanan anda ada ruangan emel untuk diisi. Isi je la. Paling mudah klik aje link ini.