Posts Tagged ‘ teknik tag

Tag & Ping Dalam Blogging

November 7, 2007 • naem • blog reactions

Di dalam post “Nak Google Crawl Cepat Blog” tempoh hari, saya catatkan apa yang saya fahami tentang bagaimana laman blog ( terutamanya blogspot ) untuk diindex oleh Google dalam masa yang singkat. Cara yang dinyatakan sebenarnya boleh dilakukan secara “Black Hat” ataupun “White Hat”. Buat masa ni, saya masih belum faham dan dapatkan beza sempadan antara dua teknik didalam bookmarking sebenarnya. Mungkin rakan-rakan boleh kongsikan disini. Tu, tulis je kat ruang komen di bawah :-)

Saya pasti menggunakan tool bookmarkingdemon ( social bookmarking automaticsocialbookmarkingdemon software ) sangat menjimatkan masa. Dalam sales letter software ini dan dari report percumanya, ia membantu saya mendapat ilmu baru. Oh ya, sebenarnya saya masih belum lagi menggunakan software ini. Kenapa? Harganya la…hehehe..Opppss, bukan nak buat review atau ulasan menjual ( affiliate ),saya cuma nak maklumkan yang rakan-rakan pasti akan mendapat sesuatu yang berguna dari free reportnya. Klik gambar disebelah untuk mendapat free report tersebut atau klik sini untuk ke websitenya

Ringkasnya saya dapati tunjuk ajar edwin ( bookmarkingdemon owner’s ) dalam free reportnya tentang tag & ping sangat menarik. Saya pernah membaca tentang tag & ping didalam panduan raja adsense. Tahu tak tentang tag & ping ni? tak tahu?…erm..nampaknya kena cari jalan la nak tahu jawapannya. Saya cuba mencari penerangan tag dan ping didalam bahasa melayu

Tag dan ping: Penerangan

Tag:- Tag adalah keyword, tag adalah kategori, tag adalah perkataan yang menggambarkan post anda didalm satu perkataan.

Ping: Ping adalah perbuatan menghantar isyarat kepada website tertentu untuk memberitahu bahawa website/blog anda telah di update.

sumber asal : robotys

Penerangan selanjutnya juga boleh rujuk di blog Tip Internet Bisnes tentang Tag,Link, Blog dan Ping

Ingat, asas dalam kebanyakan social bookmarking site ialah tag. Sebab itu pentingnya memahami tentang tag terlebih dahulu. Oh ya,untuk sumber-sumber definisi dalam bahasa omputih, saya rasa rakan-rakan boleh cari sendiri kan ? :-)

Baiklah, kembali kepada perbincangan asal. Akibat tertarik dari bacaan tersebut, saya mula menggeledah internet untuk mencari jawapan dan teknik yang betul didalam Tag & Ping ni.Tag dan Ping ini setahu saya diperkenalkan atau dipopularkan oleh Sean Wu ( Thailand ).Orang kata teknik tag & ping ni hebat sangat. Sedangkan saya pernah buat teknik ni di blog saya dan malangnya tak nampak kesan pun..hohoho..itu sebab saya berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Jadi setelah menggeledah sepuasnya, saya berjumpa dengan cara-cara tag dan ping yang memberikan betul-betul kefahaman kepada saya ( pada pandangan saya le ).Untuk tulisan seterusnya saya cuba ringkaskan sebaik mungkin .

tag & ping

Apa itu Tag & Ping ? - sila rujuk link-link yang telah saya nyatakan diatas

Apa faedahnya Tag & Ping ?

  • Diindex oleh enjin carian dengan cepat ( technorati sebagai jalannya )
  • Mendapat Backlink dari autoriti site yang ada PR tinggi ( technorati & icerocket )
  • Mendapat traffik tambahan

Bagaimana Tag & Ping ?

Secara kasarnya begini, anda mempunyai blog tentang ajinomoto. Baru sebentar tadi siap satu artikel baru untuk ajinomoto, hasil tulisan anda dan dipostkan ke dalam blog. Kemudiannya, anda tandakan blog tersebut ( tag ) dengan keyword “ajinomoto”.Selepas meletakkan kod-kod tertentu ( tag ), anda pun menghebahkan ( ping ) ke internet yang anda baru je submit 1 post tentang ajinomoto. Hebahan tersebut melalui technorati.

Secara lebih terperincinya begini pula :

  1. setiap artikel baru hendaklah di tag. Contohnya saya menulis tentang “Tag & Ping Dalam Blogging “
  2. Saya tag kan artikel tersebut dengan keyword ” Tag & Ping “
  3. Saya akan ping artikel tersebut dengan tool yang disediakan oleh technoarti atau ping form yang telah disediakan seprti ping o at dan ping o matic.
  4. Siap.

Apa pula kod untuk tag?

Tag & Ping untuk blogspot dan wordpress berbeza. Wordpress mempunyai plugin sendiri yang lebih mudah dan automasi. Tapi bagi blogspot, ia perlu dilakukan secara manual. Ada 2 cara untuk tag iaitu tag untuk post dan tag untuk blog. Kini technorati meluaskan skop dengan tag untuk photo ( Flickr ) dan tag untuk video. Apapun kita kembali kepada tujuan asal iaitu tag untuk post terlebih dahulu.

Tag untuk post :

<a href=”http://www.technorati.com/tag/[tagname]” rel=“tag”>[keyword]</a>

tag ini khas untuk post anda. Seeloknya diletakkan di bawah post ( blogspot ). Contohnya tag saya untuk “nasi lemak”..Jika 2,3 atau lebih patah perkataan, sila tambahkan “+” di antara ruang ( space ) perkataan tersebut.

<a href=”http://www.technorati.com/tag/nasi+lemak” rel=“tag”>nasi lemak</a>

<a href=”http://www.technorati.com/tag/nasi+lemak+kedah” rel=“tag”>nasi lemak kedah</a>

tag and ping

Tag untuk blog :

<a href=”http://www.technorati.com/blogs/[tagname]” rel=“tag directory”>[keyword]</a>

Ada 2 jenis tag untuk post. Apapun saya biarkan 1 je la dulu.Tag ini diletakkan di mana-mana saja dalam blog sebagai tag untuk blog. Lihat gambar dibawah sebagai contoh. Lihat juga pada kod yang dipaparkan, ada perbezaan bukan?

tag and ping

* rel=”tag” dan “tagname” tu la yang akan dibaca oleh spider technorati.

* ada tool percuma diinternet untuk anda ( blogspot ) menggunakannya. Antaranya ialah EGM atau Injoke

Bagaimana pula untuk ping?

Ping adalah cara yang agak mudah. Technorati telah pun menyediakan ruangan untk ping. Tahu tak? Selain itu, rakan-rakan boleh ping kan post tersebut menggunakan perkhidmatan ping o at dan ping o matic.

Lain-lain isu :

  • tahu tak anda “tag” dan “tags” mempunyai 2 makna dan kelebihan yang berbeza?

  • anda boleh memilih niche yang baik dan PR serta index dari Google yang cepat dengan teknik tag yang betul. Tapi bagaimana?

  • setiap tag ada persaingan, perbezaan PR dalam technorati dan nichenya tersendiri.

  • dan banyak lagi “hidden tecnique” yang dimiliki Sean Wu..Nak tau, kena la beli pakej tag & ping tu..hohohhoho..

  • anda boleh tag dan ping artikel-artikel terdahulu yang tak pernah ditag oleh anda.

  • Untuk wordpress, plugin khas untuk tag dan ping ini ada.

Rasanya dah cukup panjang saya menulis. Tujuan saya cuma nak memahamkan diri sendiri sebenarnya. Saya pernah mencuba sebelum ini tapi tak menampakkan hasil. Ini kali kedua saya mencuba setelah membaca ebook Sean Wu ( tak habis baca lagi ), dan masih menanti hasilnya. Cuma, satu je yang saya rasakan baik juga dikongsi bersama. Jangan terlalu mengharap pada teknik ini. Jika anda telah lakukannya dan tiada apa-apa hasil seperti blog atau post tidak diindex oleh technorati, sila jangan segan untuk menghubungi technorati. Ini Sean Wu yang tulis dalam ebook beliau. Gunakan ruangan support dan contact us technorati. Ini sebab spider dan masalah teknikal technorati siapa yang tahu kan? jadi dengan cara melaporkan atau memberitahu, technorati akan memberi perhatian kepada blog anda. Pengalaman saya, walaupun saya telah mengupdate tulisan di blog saya, technorati tidak mengupdate dan meng”crawl” blog tersebut selama 340 hari yang lalu. Bila saya hubungi technorati, masalah tersebut selesai dalam masa seminggu dan kini blog tersebut sedang merayap menangkap kata kunci yang baik untuk SERP ( Search Engine Results Page ). Perjalanan saya seterusnya adalah cuba untuk menggunakan software bookmarkingdemon dan memahami lagi teknik dan software tag & ping sean wu ini. InsyaAllah ( jika diizinkan tuhan, saya akan berkongsi lagi input-input yang saya dapat dari Tag & Ping Sean Wu n.

ps: jangan mudah terpengaruh dengan HYPE yang dibuat oleh internet marketer luar. Biar perlahan, asalkan kita dapat capai juga puncak kejayaan.

pps:Maaf sebab saya tak perincikan untuk wordpress. Buat masa ni blog wordpress saya cuma 2 je. Jadi saya tak terfikir nak optimize kan sebab wordpress banyak guna plugin dan auto berbanding blogspot.